Fesyen

Sopan Tapi Gah, Koleksi Dejavu Azura Azwa Menyinar Di Pentas KLFW 2018!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Sopan Tapi Gah, Koleksi Dejavu Azura Azwa Menyinar Di Pentas KLFW 2018!

Mengetengahkan helaian modest buat wanita moden yang berhijab khususnya, setiap rekaan yang ditonjolkan Azura Azwa musim ini sungguh memukau biarpun rata-rata himpunan yang dipersembahakan di pentas megah Kuala Lumpur Fesyen Week 2018 semalam adalah ringkas.

Sesuai untuk ke acara formal mahupun santai, palet warna yang dipilih adalah berdasarkan rona-rona monokrom serta alam semula jadi yang berpaksikan kuning mustard, hijau tua, hitam dan putih serta coklat merah hati.

Bukan itu sahaja, pemilihan fabrik yang bertekstur keras umpama brokat oleh Azura Azwa tepat untuk membuatkan tubuh si pemakai tampak lebih berstruktur sekaligus kelihatan ranggi dalam masa.

BACA  Fendi Lancar Koleksi Kaca Mata Gelap The Paradeyes Yang Stylo

Selain daripada helaian dress maxi, turut dimuatkan dalam koleksi kapsul unik ini adalah blaus, celana berpanel, skirt labuh serta kurung pahang yang sudah disisip dengan nafas baharu untuk menangkap hati para gadis dan wanita hip hari ini.

Jika si pemakai cukup bijak, teknik suai padan boleh digunakan dengan memanfaatkan helaian dalam koleksi ini.

Menurut Azura Azwa lagi, Dejavu adalah koleksi yang berkonsepkan retro dan ia merupakan isyarat untuk mengingati semula titik permulaan Azura Azwa terdahulu apabila tampil dengan aksesori turban.

BACA  Trend Gaya Kaca Mata Krismas 2015

Untuk pengetahuan semua, Azura Azwa adalah jenama fesyen muslimah tempatan yang diusahakan dua adik-beradik iaitu, Azura Liyana Azmi dan Azwa Elena Azmi. 

Nantikan kemunculan koleksi kapsul Dejavu oleh Azura Azwa yang boleh dilihat menerusi [azura-azwa.com], [www.facebook.com/AzuraAzwaa] dan [www.instagram.com/azuraazwa].

Komen Anda