Kesihatan

Aspire Wellnes & Lifestyle Bukan Gim Tapi Hub Kesihatan Pertama Malaysia

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Aspire Wellnes & Lifestyle Bukan Gim Tapi Hub Kesihatan Pertama Malaysia

Pertama di Malaysia, Wanista kira sebuah gim yang menawarkan bukan sahaja pada transformasi fizikal bahkan pada kesihatan tubuh dan mental.

Aspire Wellness & Lifestyle di Petaling Jaya telah dibuka khas kepada orang awam tidak kira pertama kali ke gim, pelatih bebas ataupun siapa sahaja diri anda. Ianya sebuah hub untuk membantu pelanggan mencapai kadar kesihatan yang optimum pada tubuh badan dan minda.

Servis yang ditawarkan oleh Aspire Wellness & Lifestyle mendapatkan kerjasama oleh Persatuan Perubatan Integratif Malaysia bagi memastikan mengikut prinsip dan syarat dalam memberi latihan fizikal, rawatan pemulihan, kesihatan dan pendidikan tentang isu kesihatan.

Foto – arkib Wanista.com

Selain menyediakan kelengkapan gim berkualiti, hub ini mahu setiap pelanggan diberi terapi khas seperti mengikuti Far Infrared Sauna Therapy, Hydro Therapy, Nutritional Medicine, Physiotherapy dan pelbagai lagi yang anda jarang dapat di mana-mana pusat kesihatan biasa.

Foto – arkib Wanista.com

Kombinasi dalam satu tempat ini memudahkan bagi mereka yang mahu memperbaiki kesihatan yang bukan sahaja melibatkan pada fizikal malah mental. Kesihatan yang baik cenderung memberi jiwa dan emosi yang stabil.

Foto – arkib Wanista.com

Anda jangan terkejut bila ke Aspire Wellness & Lifestyle, mungkin ditingkat pertama anda lihat penuh dengan alatan gim. Tapi rupanya bangunan empat tingkat lengkap dengan pusat pemulihan sakit fizikal, terapi dan bengkel kesihatan. 

Info Aspire Wellness & Lifestyle

Harga: RM2,040/setahun (RM170 sebulan) | RM198 (walk-in)

Alamat: 116, Jalan Semangat, Section 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor

Laman sesawang: www.aspirelife.com.my