Tular di media sosial seperti Twitter, Facebook dan Instagram ialah buah tembikai dibakar seperti steak. Ya dibakar. Bagaimana agak rasanya?
Buzzfeed melaporkan sebuah restoran di New York yang dikenali sebagai Ducks Eatery menambah satu menu baharu iaitu watermelon ham istimewanya untuk golongan vegan.
Watermelon ham merupakan tembikai yang diperam dan bakar seperti steak. Ya, cerita benar. Katanya proses watermelon ham ini memakan masa yang cukup lama – diperam selama lapan jam, kemudian diasinkan ke dalam garam, rempah ratus selama empat hari.
Dan ternyata inovasi ini tidak disenangi netizen. Pada mereka ia merupakan satu menu yang mengarut, ada pula berpendapat nutrisi buah tersebut hilang begitu sahaja dan tidak wajar menu itu diadakan.
Penulis nak tanya, korang sanggup tak makan tembikai bakar kalau diberikan percuma?