Cinta & Perhubungan

Terima Kasih Mak Ayah! Cara Mudah Nak Terjemah Sayang Pada Mereka

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Terima Kasih Mak Ayah! Cara Mudah Nak Terjemah Sayang Pada Mereka

Sudah menjadi lumrah untuk kita semua dilimpah dengan perasaan sayang dan cinta.

Kasih sayang pada keluarga biasanya menjadi keutamaan dan ia diberi fokus pada kedua ibu bapa kita atau penjaga yang menjaga, mendidik kita sejak kecil lagi.

Penulis percaya ada diantara malu untuk meluahkan rasa sayang seperti mengungkap ‘Saya sayang ayah, ibu’. Janggal dan bukan cara orang kita hendak mengatur ayat cinta, sayang, suka, rindu…eh geli lah!

Jika kamu memang langsung tidak pandai mengungkap apa kata kita cuba luah dengan kelakuan kamu, contohnya jadi anak soleh, solehah ke? Gurau sahaja, nah Wanista berikan beberapa cara untuk anda praktis untuk terjemahkan kasih sayang anda pada mereka. 

#1 Telefon mereka

Luangkan masa sekurang-kurang 10 minit Ia bukan sekadar bertanya khabar tapi berilah mereka peluang untuk berkongsi cerita apa sahaja tentang mereka. Manalah tau sepanjang ketiadaan kamu, ada cerita menarik yang ingin diberitahu. Berikan 100% anda mendengar dan beri reaksi pada ibu dan ayah anda dah cukup buat harinya gembira.

Foto – Guff

#2 Minta nasihat 

Eh, kenapa pula nak minta nasihat dari mereka? Percayalah, mana-mana ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Sudah menjadi tanggungjawab dan peranan untuk mereka membantu anda. Bila anda mohon nasihat atau pandangan mereka secara tidak langsung ia memberi rasa mereka juga penting dan istimewa dalam hidup anda.

Foto – Elite Daily

#3 Ingat hari-hari istimewa

Sambutan hari lahir antara yang menjadi konsep untuk berkumpul satu keluarga. Apa kata tambah lagi kalendar anda dengan beberapa tarikh penting seperti ulangtahun perkahwinan mereka. Biar mereka tahu anda sangat menghargai dan mengagumi hubungan mereka. Pada hari itulah juga anda boleh berada disisi mereka sepanjang masa, berikan keselesaan dan rasa bahagia sebagai tanda kasih terhadap orang tua kamu.

Foto – Hollywood Banquet Hall

Jika kamu sudah kehilangan salah seorang daripadanya, tidak salah untuk mengadakan kenduri tahlil dan doa selamat sebagai memperingati mereka. Semoga roh mereka dikalangan orang-orang yang beriman.  

#4 Sentuhan

Tunjukkan rasa cinta dan sayang dengan sentuhan mesra pada mereka. Mungkin anda dah boleh jalan berpimpinan tangan dengan ibu atau ayah. Cubalah sesekali memeluk lembut bahu mereka ketika bergambar, menonton televisyen atau berbual mesra. Sedikit demi sedikit anda akan terbiasa melakukan sentuhan mesra itu.

Foto – Thought Catalog

Amacam boleh ke tak buat semua idea diatas?

RUJUKAN

Komen Anda