Sebagai jenama penginapan agam yang terulung, Hyatt kini tampil dengan inisiatif baharu untuk memenuhi cita rasa penggunanya yang pelbagai. Tampil dengan Hyatt House yang berlokasi di kota tumpuan Mont’Kiara, rumah penginapan yang berkonsepkan kediaman mewah ini menawarkan seleksi keselesaan cermat serta layanan berkelas tau!
Idea penginapan sementara di Hyatt House pastinya sesuai buat tetamu yang sibuk ulang-alik menguruskan hal perniagaan mahupun bagi kaki travel yang santai. Pengalaman ini pasti memberikan seribu satu nikmat yang tidak tergambar buat sang pengembara.
Selain dapat melihata pemandangan indah kota metropolitan Kuala Lumpur, tetamu juga berpeluang pergi bersiar di beberapa buah kompleks membeli-belah yang terletak tidak jauh dari bangunan Hyatt House.
Melihatkan ramai pekerja dalam negara dari negeri lain yang sering merantau ke Kuala Lumpur, baik untuk mencari peluang melebarkan sayap perniagaan mahupun atas urusan lain yang ada kaitan dengan amanah dan tanggungjawab, Hyatt House sedia menawarkan penginapan yang disertai terapi jiwa dengan reka bentuk ruang bilik kondusif serta hiasan dalaman moden -merembeskan aura seolah menginap di rumah sendiri.
Pemandangan malam lebih indah sambil berlatarkan pencakar langit yang dihiasi lampu neon! Klik [kualalumpurmontkiara.house.hyatt.com] untuk info lanjut.