Info Menarik

Misteri Buah Strawberi: Lepas Tahu Mesti Korang Takut Nak Makan

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Misteri Buah Strawberi: Lepas Tahu Mesti Korang Takut Nak Makan

Sejak kecil kita telah didedahkan dengan pelbagai manisan berperisa enak seperti rasa yang diekstrak dari buahan Strawberi. Baik minuman susu berperisa mahupun guka-gula, rata-rata anak kecil memang menggemari perisa buah Strawberi ni. Tetapi tahukah kamu buah beri spesis ini menyimpan seribu satu misteri?

Untuk makluman kepada semua pembaca Wanista, ini fakta menarik tentang Strawberi dan salah satunya pasti buat kamu rasa ngeri!

#1 Berasal Dari Keluarga Bunga Ros

Walaupun nama buah ini diakhiri dengan perkataan “beri”, ia bukanlah buah seperti yang kita sangka. Asalnya, Strawberi dikategorikan sebagai sejenis tumbuhan berbunga dan berbuah yang berasal dari keluarga bunga ros dipanggil, Fragaria! No wonder bau Strawberi ni wangi kan?

Sumber: matome.naver.jp

#2 Strawberi Bukan Beri Tetapi… Ovari!

Strawberi bukanlah buah yang terhasil daripada pohonnya namun, ia sebenarnya adalah bahagia ovari kepada pohon tersebut yang tumbuh secara berjuntai dari batang utama pokok -berhampiran kuntuman bunga. 

#3 Labah-Labah Mirip Buah Strawberi

Hati-hati kalau makan buah Strawberi sebab labah-labah yang bentuk abdomennya mirip Strawberi ni memang wujud tau! Takut-takut korang termakan labah-labah spesis Araneus Alsine ni pula nanti. Hehe

Sumber: iFrogs.net

#4 Bukan Warna Merah Je…

Kalau kamu cukup bijak, kamu pasti tahu kewujudan buah Strawberi yang berwarna kuning dan putih ni. Keduanya sangat popular di Jepun, Strawberi putih yang dipanggil “Pineberries” ini khabarnya memiliki rasa seperti buah Nanas.

#5 Satu-Satunya Buah Yang Bijinya Di Luar

Boleh dianggap sebagai ‘makhluk asing’, buah Strawberi adalah yang paling unik kerana bijinya tumbuh di bahagian luar. Rata-rata Strawberi ada lebih 200 butir biji.

Sumber: Time

Bonus!

Dengan mata kisar kita memang tak nampak, tapi satu kajian telah membuktikan bahawa kesemua buah Strawberi segar sebenarnya dihuni makhluk berupa hama. Jadi, kalau kamu terus makan Strawberi tanpa mencucinya, itu bermakna kamu telah menelan sekali hama-hama tersebut. Eww!

Lepas tengok video kat atas ni, ada ke yang jadi fobia dengan Strawberi? Apa-apa pun semoga perkongsian info menarik ini bermanfaat untuk semua! ❤

RUJUKAN 1, 2, 3, 4