Cinta & Perhubungan

6 Selebriti Dedah Bibit Pertemuan Kali Pertama Dan Jatuh Cinta. So Sweet!

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
6 Selebriti Dedah Bibit Pertemuan Kali Pertama Dan Jatuh Cinta. So Sweet!

Kita sentiasa baca kisah selebriti ini mendirikan menamatkan zaman bujang tetapi kita tidak tahu cara pertemuan mereka kali pertama, bagaimana bibit percintaan bermula sehingga kedua-dua bergelar suami isteri.

Oleh itu, Wanista bawakan kisah mereka dan percayalah banyak yang cukup romantik buat kamu tersenyum membacanya.

John Legend & Crissy Teigen

Foto – Popsugar

John Legend dan Chrissy Teigen jatuh cinta ketika mereka sama-sama bercuti ke Lake Como pada tahun 2007. 

Semasa perjalanan, pemandu pelancong membawa mereka ke sebuah tasik dan memberitahu mereka untuk membuat permintaan. Dan siapa sangka selepas enam tahun kemudian, mereka kembali ke tempat yang sama nutuk mendirikan perkahwinan.

David Beckham & Victoria

Foto – RTE

David Beckham tahu Victoria adalah soulmate sebelum dia bertemu dengannya. Bayangkan selepas melihat muzik video Spice Girls “Say You’ll Be There,” dia menunjuk kepada Victoria dan memberitahu rakannya; “Gadis itu, itulah gadis yang saya akan kahwini.”

Begitu saja dan mereka mula mengenali satu sama lain dan Victoria hamil anak pertama, Brooklyn.

Ellen DeGeneres & Portia De Rossi

Foto – In Touch Weekly

Ellen dan Portia bertemu di belakang pentas di sebuah anugerah, dan untuk Portia ia adalah cinta pandang pertama.

“Itu tidak pernah berlaku sepanjang hayat, di mana saya melihat seseorang dan mengalami momen bahagia yang selama ini saya dengar dalam lagu saja.”

Mila Kunis & Ashton Kutcher

Foto – Hello Magazine

Ini cukup manis. First kiss Mila Kunis adalah dengan suaminya sekarang, Ashton Kutcher ketika rancangan televisyen “The 70’s Show”. Pada masa itu mereka hanya sahabat dan langsung tidak terlibat secara romantik. Siapa sangka 17 tahun kemudian, Mila mendedahkan ada ‘sesuatu’ antara mereka dari awal lagi. Betullah kalau dah jodoh, tak ke mana…

John Kraskinki & Emily Blunt

Foto – People

John Krasinki merupakan die hard fan Emily Blunt sebelum mereka bertemu lagi. Paling gila bila dia mendedahkan dia menonton The Devil Wears Prada lebih daripada 75 kali.

Blake Lively & Ryan Reynolds

Foto – Insider

Mereka terlibat dalam double date – di mana Ryan dan Blake bertemu janji dengan pasangan masing-masing tetapi akhirnya takdir menemukan mereka berdua. Ryan sendiri double date itu sangat janggal.

“Saya bersama dengan pasangan saya dan Blake bersama pilihannya, dan bagaimana mata kami lebih tertancap satu sama lain.”

Baca: Ryan Reynolds Dan Blake Lively Dedah 5 Rahsia Kebahagiaan #MarriageGoals

Kalau selebriti tempatan yang mana paling sweet je korang rasa?