Fesyen

Kembalikan Nostalgia, Levi’s Keluarkan Rekaan Denim Mirip Fesyen Dalam Filem 90an

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Kembalikan Nostalgia, Levi’s Keluarkan Rekaan Denim Mirip Fesyen Dalam Filem 90an

Bila bercakap tentang zaman 90-an, muzik dan fesyen jalanan tidak dapat dipisahkan… sama seperti yang boleh dilihat menerusi filem The Breakfast Club atau Clueless.

Istilah seksi dengan pakaian terdedah kurang menonjol sekitar era itu bahkan, rata-rata wanita dan lelaki boleh berkongsi helaian yang sama kerana setiap helaian fesyen yag ditawarkan adalah berpotongan longgar dan besar -sama seperti koleksi denim terkini rekaan Levi’s!

Foto -Arkib Wanista

Istimewa untuk musim luruh/sejuk 2018, Levi’s tampil dengan tema yang bisa menggamit memori ramai -berlandaskan rekaan kemeja berbutang, baju-T bergrafik, bomber, jeans dengan pinggang berpotongan tinggi, perincian logo dan lain-lain.

Foto -Arkib Wanista

Tidak ketinggalan, Levi’s turut menggabungkan ilham pakaian sukan dengan helaian fesyen jalanan untuk wujudkan sensasi atletik bagi yang menggemari fesyen santai ala urban. 

Foto -Arkib Wanista

Rona-rona yang diketengahkan pula bersifat klasik termasuklah merah, biru tua, monokrom, dan hijau lumut.

Untuk semua, helaian denim mempu menyerlahkan personlaiti seseorang dan wujudkan kepelbagaian dalam diri individu. Klik [www.facebook.com/levismy].

Komen Anda