Ingatkan dah bercerai rupanya belum lagi!
Angelina Jolie dan bekas suami masih lagi dalam proses penceraian dan ini merupakan proses paling lama yang memakan masa hampir dua tahun.
Kenapa agaknya bekas pasangan sensasi ini mengambil masa yang lama ya?
Menurut dari peguam Angelina Jolie, ini kerana Brad Pitt sentiasa melengahkan proses dengan membayar nafkah anak dengan anggaran tidak tepat. Perkara ini memaksa Jolie membuat permohonan dari mahkamah supaya memberi perintah sokongan. Baginya lagi, Pitt langsung tidak ikhlas dalam memberi nafkah kepada anak-anak mereka.
Bayangkan selama setahun setengah sudah berpisah, Brad Pitt langsung tidak memberi kerjasama dalam memudahkan urusan penceraian. Proses ini bukan sahaja melibatkan pasangan tapi juga kepada anak-anak iaitu isu kewangan, hak penjagaan dan banyak lagi perkara.
Namun tidak boleh tunding jari pada Pitt semata-mata, Angelina Jolie juga kerap tidak berpuas hati tentang syarat yang dikemukakan.
Buat masa sekarang Pitt dan Jolie masih belum ada jalan penyelesaian dan buntu dengan apa yang berlaku. Walaupun mereka sentiasa memeriksa tentang dokumen penceraian tapi ia tetap tidak berhasil.
Kasihan pada anak-anak mereka….