Kecantikan

Kulit Kusam, Penuh Bintik Hitam? Cuba 4 Masker Pilihan Wanista Ni

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Kulit Kusam, Penuh Bintik Hitam? Cuba 4 Masker Pilihan Wanista Ni

Tak habis-habis cerita tentang mask!

Mask muka sememang banyak variasi, pilihan dan kegunaan.Walaupun ia hanya satu langkah yang mudah untuk cantik tapi anda harus berhati-hati untuk memilih. Takut salah pilih produk ia boleh beri kesan berpanjangan pada kulit dan juga merugikan wang ringgit serta masa anda.

Paling mustahak sekali ialah bahan kandungan yang diformulasikan pada mask haruslah selamat dan tidak mempunyai sebarang kesan melecur akibat pemakaian yang kerap. Baca: Wanista Ajar Tutorial Selamat Guna Sheet Mask Setiap Hari

Mari Wanista perkenalkan empat mask muka baru yang masuk Sephora. Anda boleh pilih untuk kurangkan minyak, hilangkan kedutan dan mengimbangi kelembapan kulit. Let’s go!

Pixi T-Zone Peel-Off Mask

Sesuai: Masalah kulit kusam, pori-pori tersumbat dan berminyak

Harga: RM103 / 45ml

Bukan sheet mask tapi ia masker yang boleh disapu khususnya pada bahagian zon-T. Kebaikan dari superfoods – avocado, timun, aloe vera, teh hijau dan buluh membantu mengimbangi dan mengeluarkan lebihan minyak pada kulit. Jadinya kulit anda terasa lebih tegang dan apa yang paling Wanista suka, bau gel mask Pixi ini sangat wangi dan menenangkan!

Foto – arkib Wanista.com

Mereka yang mengalami kulit yang kusam dan tidak bermaya cubalah mask peel-off ini. Mudah dan cepat serta katanya kesan boleh lihat pada hari pertama. 

Saturday Skin Masker Hidrasi / Mencerahkan

Sesuai: Kulit kering, kombinasi mengembalikan kelembapan

Harga: RM25 / sekeping

Jenama baru masuk Sephora Malaysia! Memperkenalkan Saturday Skin produk kecantikan berteraskan K-Beauty. Rangkaian penjagaan wajah Saturday Skin khas untuk mereka yang mahu kelembapan kulit secara semulajadi sambil mengembalikan keremajaan kulit.

Foto – arkib Wanista.com

Wanista tertarik dengan mask muka Saturday Skin yang diperbuat dari kertas lembut menyejukkan wajah dimana biocellulose membenarkan produk diserap secara optimal. Kandungan pelembab pula dari Hyaluronic Acid, buah tembikai dan aloe vera untuk kesegaran. Sesuai dengan nama Saturday Skin, anda boleh jadikan rawatan mask secara diy pada hujung minggu!

Bukan sahaja pada muka, anda boleh letakkan mask atau lebihan produk pada bahagian tubuh yang kering. 

Dr.Jart+ Shake & Shot

Sesuai: Bergantung pada masalah kulit, anda boleh pilih untuk hidrasi, tegang, mencerahkan atau melembutkan kulit. 

Harga: RM41 / sebotol

Produk penjagaan wajah dari bahan medikal ini memperkenalkan masker paling unik! Sephora juga telah cop masker Shake & Shot sebagai produk ‘Super Ingredients’ iaitu mempunyai bahan berkualiti dan berkesan. Rata-rata yang dah menggunakan mask Shake & Shot cukup berpuas hati kerana kulit menjadi lebih berseri dan lembut.

Foto – arkib Wanista.com

Tapi kenapa dalam botol mask nya? Dr.Jart+ mahu anda merasai keseronokan ketika merapikan wajah. Umpama nak buat minuman shake, anda hanya perlu masukkan sahaja Elastic Liquid Ampoule dan Double Trans Boostet kemudian goncangkan botol. Formula bertukar kepada krim pekat yang mudah untuk disapu pada seluruh wajah.

StarSkin Pro Micro-Filler Mask Pack 

Sesuai: Kulit cenderung pada penenuaan, kedutan atau garisan halus

Harga: RM160 / sekeping

Rangkaian produk StarSkin sememangnya terjurus pada mask muka yang mempunyai pelbagai pilihan. Bagi yang terdedah kepada masalah penenuaan boleh mencuba StarSkin Pro Micro-Filler Mask Pack.

Foto – arkib Wanista.com

Pek mask StarSkin ini umpama nak buat pembedahan plastik pula! Siap ada picagari mengandungi filler halus Hyaluronic Acid, Plant-EGF, Plant Stem Cellls dan Floret DNA. Ia disapu pada seluruh wajah sebagai merawat bahagian kulit yang bermasalah. Paling penting ia sebagai cecair meresap untuk meremajakan semula kulit ‘tua’ anda. 

Mana nak dapatkan semua mask ini? Hit sahaja laman sesawang sephora.my atau muat turun aplikasi Sephora Malaysia sekarang.

Foto – arkib Wanista.com

Nak cantik marilah ke Sephora dan pssttt baca Wanista!