Tips - Kecantikan

3 Faedah Kamu Dapat Bila Guna Semburan Wajah Dengan Betul

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Guo Pei, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
3 Faedah Kamu Dapat Bila Guna Semburan Wajah Dengan Betul

Kalau guna semburan muka sebab nak ikut cara penjagaan kulit ala gadis Korea tapi tak kena cara… tak boleh juga. Pernah kamu terfikir kenapa dah beli produk berjenama yang mahal dan bagus pun tapi masih tak menjadi? 

… Sebab salah taktik dan langkah!

Sebenarnya tanpa kita sedar, semburan wajah dah wujud lama dari zaman dulu lagi cuma ianya mengandungi air mineral atau air thermal yang dijadikan dalam bentuk semburan untuk menyegarkan wajah. Ini boleh dilihat menerusi jenama semburan muka seperti Avene, Bio-Essence Miracle Bio Water, Evian dan Bioderma. Semua ini biasa kita lihat menghiasi rak-rak di farmasi umpama Watsons dan Guardian.

Antara semburan wajah yang berasaskan air mineral dan air thermal. Foto-rianamahilda.com

Terkini dengan adanya teknologi maju untuk inovasi produk kecantikan lebih efektif, lahir pula semburan wajah edisi genarasi baru yang bukan saja mengandungi air tetapi juga bahan aktif lain seperti vitamin, ekstrak botanikal, minyak pati dan gliserin (agen lembapan berharga).

Cara Betul Gunakan Semburan Wajah

1. Jarakkan lima hingga enam inci botol semburan depan wajah… tekan punat semburan dan gerakkan secara menyeluruh pada wajah.

2. Biarkan air dari semburan itu melekap sebentar pada kulit untuk seminit dua sebelum menekap lebihan air semburan menggunakan tisu.

3. Langkah ini adalah perlu kerana semburan air yang berlebihan (pada kulit kering) sebenarnya akan buat kulit jadi lagi kering tanpa bantuan pelembap. -kerana air akan menyejat.

Cara Lain Gunakan Semburan Wajah

#1 Sebagai Lapisan Bawah Krim Pelembap

Pakar kulit nasihat agar terus menyapu losyen sebaik keluar dari bilik mandi. Cara ini bantu kulit kunci kelembapan lebih berkesan. Sama juga dengan wajah, semburkan face mist sebelum sapuan krim pelembap supaya kulit kekal lembap untuk jangka masa lama!

This Works In Transit Pollution Sheild:

#2 Dapat Hasil Mekap Sehalus Kulit Bayi

Siapa tak nak kulit lembut macam bayi? Seorang MUA profesional berkongsi tips kalau nak solekan nampak cantik boleh semburkan face mist pada setiap lapisan solekan (krim pelembap, primer, mekap dll). Setiap kali lepas sapu selapis krim atau mekap pada wajah, selang selikan dengan face mist!

Pixi Makeup Fixing Mist: RM67

#3 Hilangkan Capuk Bedak 

Bawah mata, dahi dan sekitar hidung sering nampak bercapuk kerana sapuan bedak berlebihan yang tidak rata. Untuk elak penampilan yangs sebegitu, setelah selesai mekap boleh semburkan face mist pada wajah.

Fresh Vitamin Nectar Antioxidant Glow Water: RM116

Kalau baru pertama kali hendak guna, beli sajalah semburan wajah yang murah berasaskan air mineral atau air thermal. Lama-kelamaan bila kulit dah biasa, baru beralih kepada aneka semburan yang lebih intensif untuk merawat dan memelihara kecantikan kulit seperti jenama This Works, Pixi dan Fresh yang boleh dibeli dari Sephora. Selamat beramal! ❤

RUJUKAN 1, 2

Komen Anda