Info Menarik

Merepeknya Harga, Mi Sup Daging Ini Paling Mahal Di Dunia

Malisa Aina
/
Introvert yang hujung minggu dihabiskan dengan melayan Netflix.
Merepeknya Harga, Mi Sup Daging Ini Paling Mahal Di Dunia

Mi sup apa yang sampai termahal di dunia? Dia letak apa, emas ke?

IKLAN

Tapi itu yang terjadi, satu hidangan mi sup daging lembu yang dijual di sebuah restoran di Shijiazhuang, Wilayah Hebei, China tular kerana hargnya 13,800 yuan ($2,015) setiap mangkuk.

Hidangan ini mengandungi empat bahan yang berasal dari langit, tanah dan laut. Malangnya, restoran itu tidak menyatakan apa bahan itu.

Foto – Nextshark

Pengurus restoran menjelaskan bahawa hanya empat mangkuk telah dihidangkan kepada pelanggan sejak ia mula-mula disediakan enam bulan yang lalu.

Tular di media sosial, rata-rata netizen mengatakan mi sup tersebut mahal kerana menggunakan daging lembu sebenar, kualitinya tidak sehebat restoran lain.

Ada pula merasa harga hidangan tersebut tidak lebih daripada gimik untuk menarik lebih ramai pelanggan datang ke restoran.

RUJUKAN

IKLAN