Gempar seketika warga peminat fesyen di seluruh dunia apabila Burberry dikhabarkan membakar segala macam produk jualannya termasuk pakaian, wangian dan beg tangan yang bernilai lebih $28 Juta (RM115 Juta) pertengahan bulan lalu gara-gara tidak mahu taraf barangan berjenamanya jatuh apabila perlu membuat lelelongan jualan murah kerana tidak laku.
Menurut laporan yang dikeluarkan portal berita luar negara, Burberry mahu menjaga status empayarnya dan tidak mahu jenamanya jatuh ke tangan orang-orang biasa apabila dijual pada harga diskaun dan sebab itu daripada membiarkan orang kurang berkemampuan memilikinya, Burberry lebih rela membakar kesemua produk jualan yang tidak laku.
https://www.instagram.com/p/Bl-VwDsHVvP/?taken-by=burberry
Beberapa hari sudah selepas berita itu viral dan mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen, Burberry muncul dengan sebuah kejutan lain apabila mengumumkan yang mereka bakal menukar Logo baharu yang berciri lebih moden dna hip selepas 20 tahun hasil rekaan pereka grafik ternama, Peter Saville.
Burberry turut memuat naik foto logo baharu mereka menerusi Instagram, sambil disertai cetakan monogram baharu yang mirip logo Barbie… dengan mengetengahkan huruf B sebagai tarikan.
https://www.instagram.com/p/Bl-cMBcHhFD/?utm_source=ig_embed&utm_campaign=embed_loading_state_control
Ternyata, pendedahan logo dan monogram jenama fesyen mewah dari London yang baharu ini mendapat tentangan ramai kerana netizen lebih suka logo lama yang berciri klasik dan timeless. Apa pendapat kamu tentang logo dan corak monogram Burberry yang baharu ni?
Kali terakhir Burberry memperbaharui logonya adalah sekitar 1999.