Tular di Australia apabila seorang DJ Radio tempatan, Jackie O mendedahkan cara dia berdiet dan mampu menurun berat badan sebanyak 10kg.
Wanita berusia 43 tahun ini berkongsi jadual makan seharian dia dengan cara paling mengejutkan dan ‘menyihatkan’.
Jackie memulakan dengan kopi seawal lima pagi dan langsung tidak mengambil sebarang sarapan. Baginya sarapan pagi bukanlah keperluan dalam diet pemakanan.
Makan tengahari pula, Jackie gemar mengambil hanya satu buah avocado. Selepas daripada itu dia hanya menunggu untuk makan malam iaitu dengan menu ringkas dada ayam dan sayuran.
Sejurus pengakuan tersebut, beberapa pakar pemakanan risau tentang diet yang diamalkan Jackie. Ianya boleh menjurus kepada masalah gangguan pemakanan.
Pemakanan seperti Jackie O umpama menggalakan lagi pilihan diet yang salah dan membiarkan diri kelaparan. Malah berkemungkinan ia langsung tidak memberi tubuh nutrisi secukupnya.
Sedar dirinya dikritik, dia tetap berkeras serta yakin cara tersebut mengubah pemakanan dia lebih sihat dan menjadikan dia lebih gembira.