Sekali dah merasa ‘jajan’ dan snek ringan di Korea dan Jepun, confirm korang terasa nak lagi. Dengan kepesatan kemasukan barang mereka ke negara kita, tidak susah untuk kita milikinya di sini.
Rata-rata makanan ringan mereka ada dijual di sini. Terlalu banyak kedai, kafe dan pasaraya dari dua buah negara tersebut dibuka di Malaysia, antara halal dan tidak halal sahaja.
Dan penulis juga jenis yang suka mencuba dan layan snek ringan, jadi ini beberapa yang paling sedap confirm nak lagi ada jual di Lembah Klang.
Hokkaido Melon Pan
Ini antara roti favorite penulis wajib beli setiap kali pergi Family Mart. Roti warna hijau dan intinya buah melon peach oren, terlalu comel tak terkata. Rotinya lembut dan inti melon tidak terlalu manis. Harga pula murah, memang berbaloi beli.
Variasi Aiskrim Jepun
Satu lagi penulis kerap beli ialah aneka aiskrim buatan Jepun yang ada dijual di Family Mart. Yang harganya RM7.15 setiap satu, bersaiz besar serta pelbagai perasa seperti vanila, macha, red bean. Lagi satu rasanya tidak keterlaluan manis menjadikan ia sedap dimakan.
Honey Butter Chips
Bukan orang dia saja yang gilakan snek honey butter chips, orang kita pun sama. Dekat Family Mart selalu habis walaupun harga boleh tahan mahal. Bayangkan madu dan mentega disatukan bersama kentang goreng rangup, memanglah sedap dan ketagih.
Lotte Ghana Chocolate
Sekali dah rasa Lotte Ghana Chocolate memang dah tak pandang Cadbury. Ada pilihan milk, dark, mild, favorite penulis yang milk, rasanya pekat dan asli malah tidak terlalu manis. Memang sedap!
Nongshim Banana Snack
Banana Snack ini agak susah nak cari melainkan anda ke pasaraya Korea. Terasa seperti makan pisang tetapi ini dalam bentuk snek. Bahan utama ialah jagung, mempunyai rasa manis pisang dan bau pisang juga. Dengan tekstur manis, rangup dan lembut, ia cair di dalam mulut.
Oden
Makan panas-panas memang sedap! Oden seperti steamboat ada pilihan seperti fish cakes, crabsticks, vegetables, jagung, korean rice cakes dan banyak lagi. Mempunyai dua pilihan sup – original dan tomyam.
Onion Ring
Siapa suka makan onion ring? Ini onion ring versi keropok, memang sedap. Dari bawang berkualiti, onion ring ini sangat popular di kalangan wanita muda di Korea.
Hi-Chew Japanese Candy
Ini satu lagi manisan yang penulis ketagih makan bila di Jepun. Hi-Chew ini mempunyai rasa manis klasik dan tekstur kenyal. Mempunyai rasa buah yang cukup kuat seperti strawberi, epal, anggur, nanas dan banyak lagi. Kalau di sini, korang boleh beli di Mydin.
Milkis
Kalau bab minuman, penulis cukup suka rasa minuman soda Milkis. Milkis mempunyai rasa susu lembut yang sangat unik, diselaraskan dengan karbonat. Memang layan!
Ada lagi yang penulis tertinggal atau sebarang snek yang korang rasa penulis patut cuba. Kongsikan…
Selamat Mencuba!