Tips

Siapa Sangka 7 Tabiat Ringan Ini Buat Kamu Nampak Lagi Seksi

Malisa Aina
/
I'm into foodies, sneakers, spotify, netflix, lipsticks.
Siapa Sangka 7 Tabiat Ringan Ini Buat Kamu Nampak Lagi Seksi

Walaupun simple tetapi ternyata ia menarik perhatian orang sekeliling!

Tahukah kamu terdapat beberapa tabiat biasa yang dilakukan, sebenarnya boleh membuatkan kamu kelihatan lagi attractive dan menarik. Mungkin kamu tidak perasan tapi orang disekeliling yang melihat merasakan kamu seksi dan memuji setiap kali melakukan perkara tersebut.

Katakan ‘TIDAK’ Bila Kamu Memang Tidak Mahu Lakukan

Orang menghormati mereka yang bercakap mengikut fikiran mereka, lebih daripada orang yang selalu bersetuju dengan apa sahaja permintaan. Kerana apabila anda mengatakan ‘tidak’ kepada orang lain, orang lain akan melihat diri anda yang sebenar, di mana anda mempunyai pendirian dan jujur tentang perasaan anda.

Foto – Lifehack

Walaupun ada masanya katakan ‘tidak’ mungkin membuat perut anda agak senak (rasa tidak selesa) tetapi jika anda mengawal perasaan itu, anda akan mula berasa baik sahaja.

Ada masanya anda perlu utamakan diri sendiri terlebih dahulu.

Lakukan Perkara Yang Baik Kepada Orang Asing

Paling ringkas tetapi percayalah berapa kerat yang melakukan parkara seperti ini?

Foto – Esther van Leeuwen/WordPress.com

Biarkan orang keluar dari pintu pengangkutan awam terlebih dahulu sebelum memasukinya. Kutip wang tunai yang jatuh dan berikan pada pemiliknya. Mungkin anda boleh berikan beberapa wang ringgit atau sekadar roti untuk peminta sedekah supaya mereka boleh mengisi perut.

Yang jelas ini adalah perkara yang kebanyakan orang tidak akan lakukan tetapi akan memberi penghormatan jika anda melakukannya.

Tolak Tepi Ego & Belajar Dengan Orang Yang Lagi Berpengalaman

Anda boleh mengadu tentang kehidupan anda yang tidak sehebat orang lain tapi sampai bila? Terusan bertanya pada diri sendiri – kenapa saya tidak sehebat dia, kaya, berjaya, berpengaruh atau cantik/kacak, atau kenapa hidup saya tidak seimbang? Di penghujung hari, anda langsung tidak menolong diri menjadi yang lebih baik.

Foto – pcma.org

Cuba luangkan masa untuk mengkaji apa yang membuat orang lain lebih baik. Berlatih berulang kali. Bertanya jika anda perlukan bantuan. Kerana jika anda ingin menjadi yang terbaik, anda harus bersedia untuk berlajar dari yang terbaik.

Sila Bertenang Bila Seseorang Memarahi Kamu

Ia bukan pandangan yang menyenangkan untuk melihat seseorang menjerit memarahi. Dan kadangkala lagi teruk jika membalasnya dengan meninggikan suara, ia langsung tidak membantu.

Foto – gwcaia.com

Setiap kali benda sebegini terjadi, ambil masa untuk memikirkan keadaan keseluruhan dan mengalami anda brasa sangat marah. Mungkin ada beberapa miscommunication di nattera kamu berdua, jadi lebih baik bertenang dan bercakap secara baik dengannya.

Ini mungkin penyelesaian terbaik untuk memahami orang dengan lebih baik dan merasa lebih rapat dengan mereka.

Mulakan Perbualan Dengan Orang Yang Baru Dikenali

Kebanyakan daripada kita berasa takut dan tidak selesa apabila jauh dari comfort zone, tetapi tidak salah jika kamu lari daripada semua itu.

Foto – The Modern Man

Hentikan zon selesa dan mula bercakap dengan orang yang tidak pernah anda jumpa atau yang baru sahaja dikenali. Siapa sangka mereka boleh jadi teman rapat.

Senaraikan Perkara Yang Ingin Kamu Lakukan

Penulis rasa meluat setiap kali ada orang memberitahu bahawa mereka bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Like seriously!

Foto – blog.qceventplanning.com

Apa yang membuat anda lebih menarik dalam jangka masa panjang bila anda mempelajari perkara -perkara baru setiap hari. Apa yang boleh dilakukan ialah menyenaraikan semua perkara yang kamu tidak tahu atau mempunyai sedikit pengetahuan tentangnya. Jadi, anda sentiasa ada perkara yang ingin dilakukan.

Katakan Terima Kasih

Paling senang, ringkas, simple tetapi sayangnya ramai yang endah.

Foto – Tumblr

Ia mudah, digunakan pada bila-bila masa dan menunjukkan diri yang sebenar. Dari situ kita dapat menilai sikap seseorang. Bila orang membantu, kita katakan terima kasih walaupun tidak sebesar mana.

Tahukah anda dengan ucapan terima kasih, kita dapat membuatkan orang lain bahagia. Jadi cuba untuk fikir dan hargai apa yang orang lakukan dan berikan.

Mudahkan? Selamat Beramal & Senyum Selalu!

RUJUKAN