Malaysia yang terletak di tengah-tengah garisan khatulistiwa bumi ini memang tak lekang dari terik mentari. Saban hari, kita sebagai penduduk setempat ni memang tak boleh lari ke mana-mana pun. Senang kata, badan dan keadaan fizikal ni sudah sebati dengan cuaca panas.
Tapi apa yang membuatkan kita rimas adalah apabila wajah jadi berminyak -lebih-lebih lagi bagi golongan wanita yang perlu bermekap untuk kelihatan rapi sennatiasa di pejabat dan kala bertemu dengan orang. Ia membuatkan solekan tampak melekit dan bercapuk dan dalam masa yang sama, kulit kering juga merosakkan penampilan pada jarak dekat.
https://www.instagram.com/p/BmHgnW6ALaC/?taken-by=wanistadotcom
Untuk itu, jenama suplemen popular dari Australia, Blackmores, tempoh hari buat julung kalinya melancarkan rangkaian pelembab wajah yang kaya dengan Vitamin E sambil disertai krim linolin serbaguna yang mampu milik buat semua golongan termasuk bayi!
Lebih menarik, fakta yang dikeluarkan oleh pakar kulit mengatakan bahawa faktor cuaca bukanlah sebab utama mengapa kulit jadi berminyak namun diri kamu yang kurang minum air adalah punca utamanya! Jika kulit berminyak sebab kekurangan bendalir, kekeringan juga akan muncul menjadikan tekstur kulit merekah dan bersisik.
Boleh dapatkan dari cawangan Watsons berdekata, rangkaian pelembap Blackmores ditawar dalam tiga pilihan tanpa kimia dan bahan pewangi. Ini termasuklah Natural Vitamin E Cream Skin Bright, Natural Vitamin E Cream Barrier dan Natural Vitamin E Cream Firm & Smooth. Setiap satu adalah berharga RM65.
Manakala, krim serbaguna Natural Vitamin E Cream + Linolin boleh digunakan untuk kulit wajah dan tubuh yang bantu melindung kulit dari kehilangan lembapan ini berharga RM35 setiap tiub.
Bahan aktif lain yang terkandung dalam rangkaian produk ini adalah termasuk minyak avokado, minyak biji aprikot dan Vitamin A. Bebas bau dan paraben. [www.blackmores.co.th]