Beberapa minggu lalu peminat couple muda Miley Cyrus dan Liam Hemsworth dikejutkan dengan berita perpisahan mereka buat kali kedua?!
Khabar angin tersebut dikatakan Miley dan Liam berpisah sekali lagi selepas Miley menolak untuk berkahwin secara rasmi dengan Liam.
Sejujurnya penulis juga rasa kecewa bila mendengar ‘berita’ ini. Bayangkan mereka mula bercinta pada 2009 dan kemudian menjadi tunangan pada 2012. Namun tidak sampai setahun selepas itu berpisah sehingga menyebabkan Miley Cyrus bertukar menjadi gadis liar.
Benarlah kata orang kalau jodoh tidak kemana, pertengahan tahun 2016 mereka kembali bersama dan Miley menyarung semula cincin pertunangan mereka.
Kini timbul pula gosip perpisahan sekali lagi!
Sumber-sumber terdekat memberitahu kepada peminat supaya bertenang kerana itu semua hanya telahan yang salah.
Memang Miley dan Liam tidak mengambil keputusan untuk berkahwin. Bagi Miley ia sudah cukup dengan penyatuan semula pada tahun 2016 dan itu merupakan simbol komitmen terbesar buat mereka.
Berkahwin antara satu sama lain tidak membuatkan hubungan mereka lebih baik, cukup apa yang ada. Paling penting buat couple yang digelar ‘Miam’ oleh peminat ialah cinta, kasih sayang dan rasa bahagia antara mereka.
Jadi yang lain tak perlu menggelabah bila dengar Miley Cyrus tak nak kahwin. Walaupun tidak kahwin, Miam masih lagi bersama seperti dahulu.
Fuhh..lega!