Tips - Kecantikan

Bintang Korea Ajar Cara Dapat Bentuk Muka Runcing “V-Shape”

Malisa Aina
/
Love food, sneakers, lipstick, netflix, spotify
Bintang Korea Ajar Cara Dapat Bentuk Muka Runcing “V-Shape”

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Setiap wanita mahu tampil menawan dengan wajah berseri, anjal dan salah satunya miliki bentuk muka runcing yang kecil seperti aktres Fan Bingbing.

Kalau boleh semuanya mahu mendapatkan jalan penyelesaian pantas dan mudah bagi mendapatkan bentuk muka idaman sekali gus menaikkan seri. Untuk itu, Wanista kongsikan beberapa cara bintang Korea gunakan untuk menjadikan wajah mereka lebih runcing.

Bold/Dangling Earring

Anting-anting bersaiz besar dan panjang boleh membuatkan bentuk muka si pemakai kecil. Hal ini kerana anting-anting tersebut menarik perhatian dan memberikan penampilan rahang yang lebih tajam.

Aksesori Rambut

Aksesori rambut seperti cekak atau hairclip mampu memberi tumpuan kepada seseorang, apatah lagi jika anda memakai aksesori yang bold, contoh pada Bae Suzy. Bahkan aksesori juga membantu si pemakai kelihatan lebih muda dan segar.

A post shared by Hyun Ah (@hyunah_aa) on

Kaca Mata

Tahukah anda bahawa kaca mata yang bersaiz besar mampu membuatkan muka anda kelihatan lebih kecil daripada biasa. Tapi pastikan anda mendapatkan saiz yang betul mengikut bentuk muka. Cat-eye, bersegi dan kaca mata bulat adalah pilihan selebriti Korea, bentuk ini mempuyai kesan pelangsingan untuk si pemakai.

Busan love 🌞🛥💜✨

A post shared by Irene Kim 아이린 (@ireneisgood) on

Baca: Tips Cari Bingkai Kaca Mata Sesuai Ikut Bentuk Muka

Bucket Hat

Satu lagi cara mereka ialah mengenakan bucket hat. Katanya bucket hat mampu memberi ilusi kecil pada wajah si pemakai. Semakin besar saiz topi semakin kecil wajah anda kelihatan. Mereka yang mempunyai muka yang lebih panjang harus memakai topi yang lebih kecil, walaupun dengan fedora.

Downtime 🖤🖤

A post shared by Irene Kim 아이린 (@ireneisgood) on

Sekarang korang boleh follow cara mereka ini. Selamat Beramal!

RUJUKAN

Komen Anda