Dekorasi

8 Ilham Rumah Bujang Untuk Yang Suka “Shopping” Di Ikea

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
8 Ilham Rumah Bujang Untuk Yang Suka “Shopping” Di Ikea

Orang suka beli barang rumah di ikea ni bukan apa, tapi sebab kebanyakan rekaan perabot memang cantik dan harga pun berpatutan. Istilah cantik di sini bukanlah mewah macam perabot-perabot yang memenuhi segenap ruang dalam Istana Alif Syukri tu ye… namun apa yang penting adalah rata-rata produk keluaran Ikea lazimnya berciri ringkas, moden dan masih kelihatan eksklusif biarpun diletakan dalam sudut rumah yang kecil seperti rumah apartmen.

IKLAN

Maklumlah, orang muda sekarang tak ramai yang mampu beli rumah besar-besar. Nak mulakan hidup mestilah dari bawah betul tak? Untuk itu, Wanista kongsikan 8 ilham rumah bujang bagi yang suka sangat shopping di Ikea tu!

#1 Warna Bumi & Pokok Hidup

Biasa pergi bilik pameran di Ikea kan? Memang antara tips untuk dapatkan ruang dalam rumah yang macam tu, pilih warna cat dan perabot utama yang berasaskan rona natural termasuklah kelabu, coklat dan putih.

Paling penting, selitkan banyak pokok hidup renek. Boleh beli tanaman hidup di seksyen rak perkakas tanaman yang hampir dengan pintu keluar Ikea. Tanaman yang dijual di Ikea kebanyakannya boleh hidup lama dan sesuai letak dalam rumah.  

Sumber: pinterest

#2 “Mix & Match” Kerusi Meja Makan

Tak perlu beli set meja makan yang berkerawang. Cukup sekadar meja kayu yang dipadankan dengan aneka rekaan kerusi yang pelbagai. Barulah nampak moden dan unik macam gambar contoh di bawah ni. 

Sumber: Pinterest

#3 Rak Sebagai Penghadang

Salah satu cara nak buat rumah yang kecil nampak besar ada;ah gunakan rak sebagai penghadang untuk membahagikan satu ruang menjadi dua.

IKLAN
Sumber: Pinterest

#4 Sofa 2-Seater + Armchair!

Lagi sekali nak cakap, kalau nak rumah cantik guna barang Ikea, jangan beli set. Tak perlu beli set sofa 3+2+1 macam kat kedai perabot luar tu. Beli je sofa 2-seater kemudian, tambah sebuah lagi kerusi lengan (armchair) yang berwarna terang. Barulah ruang tamu tak sempit dan nampak berkelas!

Sumber: IKEA

#5 Jangan Biarkan Beranda Kosong

Untuk manfaatkan ruangan beranda, boleh beli set kerusi dan meja luar rumah yang comel ni. Perabot kayu bisa buat keadaan rumah namoak classy serta-merta tau! Tanaman hidup jangan lupa! Warna kayu dan warna hijau memang serasi sangat.

Sumber: Pinterest

#6 Katil Kayu Untuk Serlah Aura Sacndinavian

Siapa kata katil kayu tak cantik? Beli je katil kayu dan pastikan ruangan bilik diterangi pencahayaan asli dari matahari okay? 

Sumber: Ikea

#7 Bingkai Gambar

Kalau dah tak tahu sangat hendak hias dinding rumah dengan apa, boleh beli pelbagai saiz bingkai gambar dan penuhkan dinding dengan bingkai-bingaki gambar tersebut. 

Sumber: valleybrains.co

#8 Laci Pakaian

Tak perlu beli almari pakaian yang gedabak. Beli je laci kabinet pakaian yang macam ni. Untuk baju yang digantung, beli sahaja rak besi yang boleh didapatkan pada harga sekitar RM40 sahaja di Ikea. Jimat ruang kan?!

Sumber: Pinterst

Apa-apa pun, kalau nak rumah tetap cantik dengan Ikea, kamu mestilah gunakan konsep dekorasi rumah ala Scandinavian okay? Kalau nak tahu lebih lanjut apa itu konsep hiasan rumah ala Scandavian boleh cuba Google. Selamat beramal! ❤