Baik lelaki mahupun wanita, kita mungkin mempunyai pendapat yang sama terhadap sneakers. Selain menjanjikan keselesaan kerana tapaknya yang lebih kukuh dan rata, sepatu unisex ini mampu menaikkan seri si pemakai dengan memberi aura lebih hip menerusi trend fesyen semasa.
Ini yang cuba ditonjolkan oleh koleksi terbaharu daripada PUMA.
Dilancarkan di seluruh negara semalam, peminat fesyen dan pengumpul sneakers kini berpeluang menyarung sneaker yang memiliki reka bentuk moden dengan potongan tumit tebal -bisa buatkan penampilan tampak lebih lampai. Lebih cocok andainya si pemakai wanita itu memiliki lahiriah yang feminin kerana PUMA Thunder Desert ini turut ditawarkan dalam rona merah jambu samar tau?!
Bersifat sporty, ranggi dan girly dalam masa yang sama, ia sesuai untuk dipakai secara kasual mahupun untuk dipadankan dengan pakaian semi-formal. Pasti tak perkedip mata mereka yang melihat. Secara tidak langsung, individu yang rendah juga boleh mendapatkan faedah ketinggian apabila menyarung sepatu gah ini.
PUMA Thunder Desert dijual pada harga RM575 sepasang, boleh dapatkan di butik-butik dan pengedar utama barangan jenama PUMA sekitar Malaysia.
Kalau korang nak jadi macam Awal Ashaari, Kiko Mizuhara dan Ameera Khan bolehlah cuba snekers tumit tebal macam Puma Thunder Desert ni okay?!