Resipi

Resepi Kek Batik Tanpa Telur Untuk Orang Diet

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Kek Batik Tanpa Telur Untuk Orang Diet

Sedapnya kalau petang-petang ni ada kuih untuk dimakan tapi dalam masa yang sama tuan badan tengah diet lah pula… Hmm, agak-agak kuih apa yang sedap tapi tak begitu menggugat berat badan korang tu?

Nah Wanista kongsikan resepi mudah macam mana nak buat kek batik tanpa guna ramuan telur dan paling best, tak perlu dibakar pun!

Caranya mudah je dan gerenti sedap ❤

Bahan:

  • 1 paket Biskut Marie (perisa asli)
  • 1- 2 paket serbuk coklat malt Milo 400g
  • 1 buku Buttercup
  • Susu Pekat

Cara:

1. Patah-patahkan kepingan biskut Marie. Pastikan cebisan kepingan tidak terlalu kecil dan hancur. Cukup hanya patahkan sekeping biskut kepada tiga bahagian.

2. Panaskan kuali atas api serdehana, masukan butter untuk dicairkan. 

3. Curahkan susu pekat dalam kuali mengikut cita rasa, kalau tak suka manis guna suku hingga setengah tin saja kerana Milo sudah cukup manis.

4. Gaul sebati dan masukkan pula serbuk milo. Agak-agak sahaja. Jika guna satu paket biskut Marie boleh guna 1/2 suku paket Milo saiz serdehana (400g).

5. Gaul lagi hingga semua campuran sebati dan pastikan Milo tidak berketul.

6. Setelah sebati, boleh masukkan kepingan biskut yang sudah siap dipatah tiga tadi.

7. Gaul perlahan sehingga semua biskut tersalut rata dengan campuran coklat. Pastikan kamu guna sudip yang tumpul seperti sudip kayu agar biskut tidak hancur.

8. Sebaik siap, alihkan campuran biskut tersebut ke dalam loyang. Tekan untuk ratakan permukaan kek batik. Masukkan dalam peti sejuk untuk dikeraskan. Siap!

Ha, bila dah cuba nanti jangan lupa tag Instagram Wanista tau. Selamat mencuba! ❤