Kalau nak kurus, seseorang perlukan komitmen yang tinggi dan logik. Letakkan target yang masuk akal. Janganlah berat 80kg tapi letak target nak turun 30kg dalam masa sebulan. Mana realistik kan?
Kalau kamu pernah menyelami zaman kegemilangan blog sekitar 2009 hingga 2015 dulu, kamu pasti kenal dengan ikon blogger, Cik Epal. Suaminya pun popular dalam kalangan netizen dan mereka pernah disenarai sebagai pasangan idola kerana si suami pandai benar ambil hati si isteri.
Siapa sangka, dari bertubuh gempal dahulu tiba-tiba Cik Epal boleh kurus seperti lagak orang yang mendapat rawatan kelas pertama di pusat pelangsingan. Untuk penrkongsian bersama, ini Wanista senaraikan rutin, tips dan menu diet yang diamalkan Cik Epal sepanjang perjalanannya untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman.
Tips Diet Confirm Kurus
- Minum air putih setengah jam sebelum dan selepas makan.
- Elak makan nasi putih kerana tinggi kandungan gula dan gluten. Say no to rice!
- Kalau nak makan nasi juga, beli beras perang.Untuk lauk padankan dengan ulam, sayuran segar, masakan rebus atau panggang.
- Elak minuman bergula. Air putih sahaja, sebab air putih bebas kalori!
- Kalau keluar, makan menu restoran yang berasaskan salmon dan dada ayam.
- Dalam seminggu ada satu hari “Cheat Day”. Hari tu korang boleh makan apa sahaja asalkan tak lupa buat senaman.
- Kawal diri. Dah penat diet nasi jangan makan pisang goreng pula, berminyak pula tu. Empat ketul pisang goreng kecil tu dan sama dengan kalori korang makan nasi dengan lauk-pauk tau?!
- Cari tutorial senaman “Pump It Up” di Youtube dan buat rutin senaman tu setiap hari! Kalau pagi kerja, sebelum tidur boleh buat. Jangan bagi alasan ya…
Menu Diet Cik Epal
Sarapan: Smootie Buah Campuran
Campurlah dengan tiga jenis buah-buahan. Tak kisah buah apa pun. Pisang, beri, mangga, epal dan lain-lain.
Sarapan: Susu Skim
Kisar susu tepung jenis skim (jenama Sunlac) dengan madu dan oat. Minum macam smootie.
Sarapan: Jus Sayur
Kisar campuran bayam dengan hirisan mangga dan epal. Minum sampai habis! Boleh kisar sekali dengan ais kalau susah nak telan campuran jus hijau yang pekat.
Makan Tengahari: Salad Ayam Kicap/Teriyaki
Rebus atau gril dada ayam, gaulkan dengan kicap atau sos terikayki. Boleh makan dengan sayuran salad, tomato, bawang dengan sedikit taburan garam dan perahan lemon.
Makan Tengahari: Ayam Gril Madu
Perap dada ayam dengan madu, herba daun oregano, emping daun parsley dan lada hitam. Seterusnya grill dengan minyak zaitun. Gril sekali brokoli dan lobak merah. Taburkan sedikit garam. Siap!
Makan Tengahari: Sandwich
Guna roti wholemeal. Letak hirisan tomato, daun salad, hirisan dada ayam, timun jepun dan jejari ketam. Curah sos dan dressing sikit untuk perasa. Siap!
Makan Tengahari: Salad Tuna & Telur
Tuna ni boleh je beli yang dalam tin tu tanpa perisa campuran. Lepas tu, rebus telur, hiris salad dan tomato -boleh makan dengan sos dressing, perahan lemon atau taburan lada hitam. Siap!
Makan Tengahari: Salmon Gril
Tabur lada hitam, paprika, garam, dan herba daun rosemary atas Salmon dan gril sampai garing. Boleh makan dnegan campuran daun salad dan baby tomato. Jangan lupa perah lemon!
Kesimpulannya, penulis rasa Cik Epal ni memang tak makan malam kot sebab dia tak ada pula kongsi resepi atau menu makan malam yang dia amalkan sepanjang berdiet. Jadi, kalau korang nak makan malam tu, mungkin boleh makan buah-buahan, kekacang atau apa-apa yang ringan okay?
Paling penting, jangan ponteng buat senaman dan jangan makan nasi LANGSUNG kecuali pada hari “Cheat Day”. Semoga bermanfaat dan selamat beramal! ❤