Apabila dua hati disatukan dengan cinta lahir bahagia. Mengecap bahagia bukanlah mudah, ia memerlukan kerjasama dari dua pihak. Namun jika kedua mula menghindari satu sama lain, bahagia mula pudar.
Benarlah kata pepatah ‘laut dan pantai lagikan berubah, inikan pula hati manusia’.
Biasalah dalam perhubungan ada pasang surutnya dan mula rasa pahit bila ditelan. Sebelum menjadi lebih pedih untuk anda dan si dia cuba kenali situasi ini…
#1 Cipta pelbagai alasan
Ringan sahaja mulut anda untuk mengelak dari berjumpa si dia. Malah masing-masing juga tidak passion untuk bertemu bagi meluangkan masa bersama.
#2 Ada yang kedua
Hati anda mula tertarik pada individu lain selain dari si dia. Bila ada yang pertama tak mungkin akan ada yang kedua, jika ada pilihlah yang kedua.
#3 Risau? Apa itu..
Satu hari tidak dapat menerima mesej Whatsapp atau panggilan sudah buat anda rasa resah. Setelah beberapa lama tidak punya komunikasi baik, anda dan si dia sudah tidak mempedulikan masa masing-masing. Lain saat ketika cinta masih segar, setiap gerak-geri dan jadual aktiviti si dia anda ingin tahu.
BACA: Tanda-Tanda Anda Sebenarnya Dah Tak Cintakan Pasangan
#4 Buatlah, apa nak buat sekalipun
Semuanya okay. Apa jua yang anda atau si dia buat keputusan hanya ditinggalkan jawapan ringkas ‘okay’. Tiada lagi argument, salah faham, persetujuan atau sesi perbincangan. Anda sudah tidak kisah dan apa-apa sahajalah.
#5 Segalanya hambar
Jika dahulu satu restoran boleh mendengar hilai tawa kamu berdua, tapi kini semuanya hambar. Masing-masing sudah berat mulut untuk menceriakan suasana. Kamu lebih suka dengan ‘respect the silent’.
Jika benar anda dan pasangan mengalami perubahan dalam perhubungan, jangan salahkan diri masing-masing. Ambil masa untuk berbincang dan carilah peluang untuk kembali bersama atau kata putus yang baik untuk membawa haluan sendiri.