Tips - Kesihatan

Inilah Yang Akan Terjadi Jika Anda Makan Avocado Setiap Hari!

Malisa Aina
/
Seorang individu yang sukakan spotify, netflix, sneakers, dan gincu.
Inilah Yang Akan Terjadi Jika Anda Makan Avocado Setiap Hari!

Avocado.

Jelitawan Lupita Nyong’o mendedahkan hanya menggunakan minyak avocado untuk rawatan wajah serta tubuh. Hanya dalam satu produk minyak avocado, Lupita boleh merawat seluruh tubuhnya mulai badan, wajah sehingga rambut.

Manakala, supermodel Adriana Lima juga mengamalkan masker rambut avocado untuk melembapkan rambut dan mendapatkan rambut yang bersinar. Anda boleh mencampurkan setengah biji avocado bersama 2 biji putih telur untuk dijadikan masker.

Foto – Arkib Wanista

Hebat bukan superfood ini – boleh cantik dari atas rambut hingga hujung kaki. Dan jika anda makan avocado setiap hari, Insyallah anda akan mendapat manfaat kesihatan seperti berikut:

Mengurangkan Risiko Sakit Jantung

Avocado mengandungi rendah lemak tepu dan tinggi lemak tak tepu, yang mempunyai kesan positif terhadap sistem kardiovaskular. Lemak tak tepu dalam diet anda juga boleh membantu menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat), mengekalkan kolesterol HDL (kolesterol baik).

Foto – JSTOR Daily

Tambahan pula, makan avocado dapat meningkatkan kepekaan insulin anda. Selain lemak yang baik, avocado juga mengandungi pelbagai jenis nutrien, termasuk antioksidan. Buah ini boleh membantu menghalang keradangan dan tekanan oksidatif dalam saluran darah semasa memperbaiki aliran darah.

Pembantu Berat Badan

Adakah anda pernah berfikir bahawa makan lemak akan membantu menurunkan lemak? Kajian terkini menunjukkan bahawa avocado membantu untuk mengekalkan Body Mass Index (BMI). Avocado dalam makanan membantu untuk menambah rasa kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan terlalu banyak. Setiap buah mengandungi kira-kira 14g serat, yang membantu mengurangkan berat badan.

Mengurangkan Risiko Kanser
Foto – Reader’s Digest

Avocado memberikan banyak fitokimia badan kita yang boleh membantu mencegah kanser. Buah ini mengandungi unsur-unsur yang telah diketahui mengurangkan kadar kanser mulut. Sesetengah penyelidikan menunjukkan bahawa terdapat potensi bahawa avocado dapat mengurangkan risiko kanser payudara dan prostat, walaubagaimanapun ia masih lagi dikaji kesahihannya.

Kulit Dan Mata

Avocado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ia membantu melindungi mata daripada katarak. Di samping itu juga, nutrien yang sama melindungi kulit daripada kerosakan UV, menjadikannya lancar dan sihat. Minyak avocado ditambah ke dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membantu menambahkan seri dan cahaya kepada kulit. Selain itu, ia juga membantu merawat penyakit kulit seperti kemerahan dan kegatalan pada kulit.

Tekanan Darah
Foto – California Avocado Commission

Oleh kerana avocado adalah sumber kalium yang sangat baik (sebenarnya lebih baik daripada pisang), ia boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi. Kalium penting dalam tubuh manusia, bersama dengan natrium, ia mengawal keseimbangan air dan keseimbangan asid dalam darah dan tisu. Oleh itu, bagi kebanyakan individu yang mempunyai tekanan darah tinggi, peningkatan pengambilan kalium adalah cara yang lebih dipercayai untuk menurunkan tekanan darah daripada mengurangkan pengambilan natrium. Kalium juga penting untuk pertumbuhan normal dan untuk membina otot.

Superfood

Tak perlu diperkatakan lagi, avocado sememangnya superfood! Avocado sangat berkhasiat, walaupun mempunyai kalori tinggi tetapi ia sangat tinggi dalam kebanyakan vitamin B kecuali B12, yang sangat baik dalam asid folik. Mereka juga mempunyai beberapa vitamin C, vitamin A dan vitamin E. Seperti yang anda sudah tahu, avocado kaya dengan kalium. Mempunyai jumlah mineral lain yang banyak, termasuk magnesium dan besi. Bagi vegetarian yang tidak makan banyak makanan berlemak, avocado boleh menjadi sumber minyak yang baik.

Foto – Giphy

Selain penuh khasiat, avocado juga lazat dan sangat versatile dipadankan dengan makanan lain. Ia boleh dimakan begitu sahaja, bersama salad, dips seperti guacamole, sandwich serta pelbagai lagi.

Baca: Resepi Mudah Guna Buah Avocado Sebagai Bahan Utama

BACA  Rumah Tangga Goyah? Ni Sebab Meghan Markle Tanggal Cincin Kahwin

Selamat Beramal!

RUJUKAN : & 2