Sakit kembung perut tampak biasa namun kesannya boleh menyebabkan ketidakselesaan sepanjang hari.
Bukan sahaja pada bayi atau kanak-kanak, orang dewasa pun boleh kerap terkena kembung perut. Akibat salah makan dan penghadaman yang tidak baik anda boleh merana dan meringkuk di atas katil. Masalah kembung perut bukan sahaja melibatkan angin dalam perut tapi masalah sembelit berterusan.
Jadi bagaimana caranya untuk mengurangkan senak kembung perut? Wanista senaraikan beberapa remedies natural dengan hanya perlu makan atau minum.
#1 Halia
Bila kembung perut, teh halia memang jadi tumpuan. Halia bagus untuk melancarkan semula sistem penghadaman secara semulajadi. Bukan sahaja mengeluarkan angin lebihan, ia juga mampu mencuci usus dan menyembuhkan radang sekitar usus.
#2 Kelapa
Ia bukan sahaja menyegarkan badan dan memberi hidrasi cergas. Air kelapa mengandungi pottasium iaitu dapat meningkatkan kadar electrolyte dan melancarkan pengaliran cecair dalam badan. Jadi proses pembuangan jadi lebih mudah tanpa sebarang masalah.
#3 Pisang
Pisang sama dengan kelapa iaitu mengandungi pottasium. Namun pisang bagus diambil jika anda tidak mempunyai sebarang selera makan sebagai pembekal tenaga. Selain itu, pisang juga solusi untuk masalah sembelit dan perkumuhan.
#4 Betik
Sukar buang air besar? Ambil sahaja beberapa potong buah betik. Enzim didalam betik boleh memecahkan protein bagi melancarkan proses penghadaman untuk lebih efektif.
#5 Timun
Bukan sahaja boleh dijadikan bahan untuk perapian kulit wajah, bahagian hidrasi pada timun baik untuk mengurangkan masalah pedih perut. Ia baik untuk menenangkan sebarang radang atau bengkak pada perut.