Tidak seperti jenama kecantikan Eropah mahupun negara-negata barat lain yang biasanya mengetengahkan konsep mekap sleek dan tampak mewah, produk inovasi Korea biasanya lebih feminin dan dihiasi motif comel.
Untuk itu, ia berjaya menarik lebih banyak menarik perhatian wanita dan para remaja yang bukan sahaja suka untuk memanfaatan produknya kerana berasaskan ramuan semula jadi tetapi juga kerana packaging atau kotak pembungkusan barangan mekap itu sendiri yang dianggap unik seperti koleksi alat sulit edisi terhad dari jenama Sulwahsoo ini.
Dihiasi ciri dan karakter yang disunting dari alam oriental, ianya pasti mampu dijadikan bingkisan paling istimewa untuk yang tersayang.
Digelar koleksi Peach Blossom Spring Utopia, setiap satunya disisip dengan kemewahan floral -dihiasi pepohon pic menjalar sambil berlatarkan ilustri gunung-ganang dan pemandangan awan permai buat yang menghargai kedamaian alam semesta.
Manariknya musim ini, Sulwhasoo menghasilkan bedak kusyen dan pemerah pipi yang berasaskan rona jingga pic tau! Pastinya lebih sesuai buat mereka yang berkulit sawo matang atau hitam manis.
Sebelum ini, jenama kosmetik dan kecantikan mewah dari Korea ini juga pernah melancarkan beberapa koleksi edisi terhad yang menjadi dambaan para pengumpul mekap.
Rata-rata pek pembungkusan mekap yang dilancarkan memang cantik-cantik belaka dan dihiasi ilustri serta motif floral artistik.
Kalau korang, sanggup tak berhabis wang untuk beli mekap semata-mata kerana nak kumpul bekas yang cantik-cantik macam ni?