Tips - Fesyen

Tips Untuk Seluar Jeans Tahan Lama Dan Kekal Cantik!

Izzah Azizah
/
suka pakai sheet mask and on my way to achieve glass skin. Instagram / Twitter @izzahabaziz
Tips Untuk Seluar Jeans Tahan Lama Dan Kekal Cantik!

Seluar jeans adalah seluar paling tahan lasak dan senang digayakan dengan apa jua pakaian. Orang bujang paling suka pakai seluar jeans sebab ia tidak perlu beri perhatian penjagaan yang serius. Rasanya setiap daripada kita pasti mempunyai seluar jeans yang paling favorite sampai dipakai sehingga lusuh. Cukup masa dan dah naik bau, baru anda nak basuh kan?

IKLAN

Walaupun ia dikategorikan sebagai seluar lasak, cara penjagaanya juga memberi faktor perubahan seperti mengalami perubahan warna atau ukuran.

Jeans atau denim boleh pakai sehingga bertahun-tahun jika anda tahu menjaganya dengan tepat. Tanpa kita sedar rupanya seluar jeans ada kaedah tersendiri untuk mencuci dan menyimpan. 

#1 Tak perlu basuh setiap hari

Seluar jeans boleh menjadi cepat lusuh akibat membasuhnya pada setiap hari. Jadi anda hanya perlu basuh jika ia sudah berbau atau terkena kotoran. Teknik membasuh juga ialah jangan campurkan dengan pakaian lain serta rendam terlebih dahulu bersama pencuci yang telah dilarut.

Foto – Mystique Jeans
#2 Jangan lipat

Elakkan dari melipat seluar jeans anda, seeloknya pilih untuk mengantung supaya ia tidak kelihatan renyuk. Cara ini juga untuk memastikan tiada garisan warna luntur pada seluar akibat terlipat terlalu lama. Ingat seluar jeans memang lasak tapi warnanya sedikit sensitif.

Foto – pixabay.com
#3 Keringkan guna angin

Jangan dedahkan seluar jeans pada cahaya matahari secara menerus ketika mengering. Ia boleh menyebabkan warna jeans luntur dan fabrik mudah rosak. Selain itu elakkan dari menggunakan mesin pengering yang kita tahu boleh merosakkan apa jua fabrik dalam jangka masa panjang.

Foto – eHow

Seluar jeans yang anda ada sekarang dah berapa lama?

RUJUKAN

IKLAN