Seperti biasa, isu-isu yang menarik perhatian sebegini pasti berjaya mengundang pelbagai kontroversi dariapda warga internet dari seluruh dunia.
Khabarnya, di China sekarang ada pencakar langit unik yang dilengkapi air terjun buatan manusia setinggi 108 meter. Ia terletak didaerah Guiyang, Guizhou.
Menurut laporan ECNS, air terjun hebat itu menggunakan lebih empat pam air gergasi untuk mengalirkan air ke bahagian atas struktur bangunan pejabat syarikat pembinaan itu.
Baru-baru ini, video yang emmperlihatkan situasi dan persekitaran bangunan itu tersebar meluas di internet.
Netizen mulai berdebat pendapat mengenainya malah, mempersoal tidakkah inovasi sebegitu menelan belanja air dan elektrik yang besar? Kata sumber lagi, ia mungkin membelanjakan kos sehingga RM500 untuk bil air dan elektrik bagi penggunaan selama satu jam. “Bayangkan jika ia digunakan berjam-jam untuk tempoh sebulan?”.
Ada juga netizen yang berpendapat bahawa inovasi air terjun yang diletakkan di bahagian sisi bangunan kelihatan seperti pejabat itu sedang mengalami masalah paip pecah.
Berikutan banyak menerima kritikan, pengurus syarikat berkenaan tampil memberitahu, ia merupakan inisiatif syarikat untuk menarik lebih ramai pelancong luar ke daerah berkenaan.
Bahkan, sumber air itu juga menggunakan teknologi kitar semula dengan memanfaatkan air takungan hujan dan sebagainya.
Untuk pengetahuan semua, ini adalah air terjun buatan manusia tertinggi di dunia dan merupakan bangunan pertama yang dilengkapi air terjun setinggi itu.