Sebuah kajian membuktikan bahawa tidur seseorang akan lebih lena andainya ditemani mesin pembersih udara “Air Purifier”.
Selain bantu memulih masalah tidur berdengkur serta buat tidur individu jadi lebih lena, Air Purifier atau alat pembersih udara ini sebenarnya mampu meningkatkan kecantikan wajah tau?! Baik dari segi tekstur dan keanjalan kulit. Guna alat pembersih udara je untuk cantik secara percuma ❤
Dalam Rumah Pun Ada Pencemaran Udara
Kita sebenarnya juga terdedah kepada udara tercemar meskipun berada dalam rumah. Bahkan, ia lebih berbahaya kerana udara tersebut cuma terperuk di dalam rumah lalu dihela berulang kali oleh kita sebagai penghuni.
Sebab tu penting untuk kita membeli penapis atau pembersih udara ni biarpun harganya agak mahal. Ini kerana, alatan elektronik itu berupaya memerangkap udara kotor kemudian membersih -melepaskannya kembali ke kawasan sekitar dalam rumah untuk kesejahteraan penghuni.
Udara Kotor Rosakan Kulit
Bayangkan bila wajah dan tubuh kamu dihinggap habuk halus serta hama tanpa kamu sedari. Percaya atau tak, bilik adalah kawasan yang paling banyak mengumpul hama kerana kamu sebagai manusia adalah tempat untuk hama membiak dan mencari sumber makanan.
Hasilnya, wajah terdedah kepada elemen-elemen kotoran tersebut lalu menjejaskan penampilannya.
Faedah Pembersih Udara Untuk Kecantikan Kulit
#1 Kurangkan Ruam & Kekeringan
Fungsi penapis udara bukan je boleh serap kotoran dan habuk dalam udara malah, vertindak mengekalkan kelembapan dalam udara tau! Dengan itu, tiada lagi masalah kulit seperti ruam, radang kulit atau kekeringan.
#2 Pulihkan Jerawat
Kalau doktor halang kita menyentuh kulit wajah dengan jari, begitu juga efek habuk. Kuman yang terkandunng dalam udara sama bahaya dengan kuman yang membiak di tangan manusia. Kalau tak mahu jerawat, gunalah penapis udara!
#3 Lambatkan Penuaan
Habuk sedikit sebanyak boleh buat penampilan kulit cepat tua tau. Sebab itu penting guna peapis udara untuk serap semua habuk halus dalam udara.
#4 Baik Pulih Tona Kulit
Polycyclic Aromatic Hydrocarbons dalam udara kotor akan merosak lapisan luar kulit seterusnya menjadikan kulit berpigmentasi (tumbuh bintik hitam). Dengan adalah penapis udara, ia akan menyerap kandungan racun Polycyclic Aromatic Hydrocarbons secara efektif.
Cari “Air Purifier” Yang Ditemani Teknologi (HEPA)
High Efficient Particulate Air (HEPA) adalah teknologi penapisan udara moden yang mampu memerangkap kotoran halus melebihi saiz 0.3 mikrons seperti asap rokok dan polen udara tercemar.
Kalau tak mampu membeli penapis udara berjenama seperti Coway atau Sharp, beli sahaja yang murah dan kecil. Asalkan fungsinya sama.
Selamat beramal kalian! ❤