Sayang.. Orangnya cantik tapi perangai hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Sondos al-Qattan, seorang blogger kecantikan dan bintang media sosial dari Kuwait, mengakibatkan kemarahan netizen selepas kelantangan menghina pekerja ‘orang gaji’ dari Filipina.
Sedutan dari video pendek yang dikongsikan di Instagram, kini dipadamkan, menywarakan rasa tidak puas hati bahawa orang gajinya kini boleh mendapatkan satu hari cuti setiap minggu dan menyimpan passport mereka dengannya setiap masa.
Tular di media sosial, netizen menuntut jenama berprofil tinggi yang bekerja dengan Al-Qattan menggugurkannya dengan serta-merta. Bagi meredakan nama, blogger dengan 2.3 juta pengikut di Instagram memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar serta mendesak orang ramai tidak menilai tanpa usul periksa.
“Jangan menghukum seseorang tanpa pemahaman penuh tentang keadaan yang berlaku ini. Hanya kerana anda tidak bersetuju, tidak bermakna anda betul!,” tulisnya.
NGO Migrante International, yang mewakili pekerja luar negara dan kempen-kempen untuk hak-hak mereka di Filipina, juga memberi respon, “Dia sepatutnya tahu sekarang bahawa para pekerja mempunyai hak dan mereka layak mendapat layanan yang adil dan manusiawi dari majikan mereka. Sebaliknya, Sondos terus berpegang pada pandangan yang mundur yang secara harfiah tergolong dalam zaman kegelapan.”