Fesyen

Koleksi Musim Luruh Kate Spade Untuk Yang Nak Nampak Tinggi & Langsing

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Koleksi Musim Luruh Kate Spade Untuk Yang Nak Nampak Tinggi & Langsing

Berciri boyish, rata-rata koleksi musim luruh Kate Spade kali ini adalah berpotongan longgar dan besar. Semuanya diterap dengan gaya dan aura yang dititip daripada tradisi masyarakat desa Amerika Selatan.

IKLAN

Dari helaian dress midi, skirt denim dan jaket jenis bomber. Setiap satunya mesra dan padan untuk digayakan oleh semua golongan wanita dengan pelbagai bentuk badan. Baik yang bertubuh genit atau bertubuh gempal, pakaian longgar sebegini mampu merubah penampilan yang bosan bangkit menjadi gah.

Sumber: Vogue

 Untuk rekaan blaus, perincian lengan gelembung dan potongan leher tinggi diterapkan untuk mencerminkan gaya fesyen musim luruh klasik manakala pemilihan corak pula Kate Sapde banyak menggunakan inspirasi motif kuda dan kulit binatang seperti trench coat yang dilitupi tompok kulit lembu ini.

Palet warna yang dmanfaatkan juga berdasarkan rona-rona monokrom gelap agar mampu mencipta ilusi tubuh yang lebih lampai dan langsing buat mereka yang mahu kelihatan persis model.

Untuk aksesori, sepatu but serta beg tangan bersaiz kecil turut diketengahkan Kate Spade.

Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.katespade.com].

IKLAN