Setengah wanita berhempas pulas menggunakan pelbagai produk rambut dan vitamin yang mahal semata-mata mahu mendapatkan rambut lebat dan sihat.
Tapi ada juga yang secara semula jadi diberkati dengan rambut cantik, salah seorangnya bayi kecil ini. Rambutnya cukup membuatkan kita makan hati malah ingin tahu produk apa yang digunanya sampai sebegini cantiknya.
Baby Chanco, bayi perempuan enam bulan dari Jepun. Ibunya berkongsi gambar bayinya di Instagram dan sejak itu netizen mula membanjiri kerana sukar mempercayai apa yang mereka lihat – bayi kecil itu mempunyai rambut lebat, hitam berkilat dan sihat malah cukup besar.
Chanco dilahirkan dengan kepala yang penuh dengan rambut dan dalam tempoh enam bulan ianya semakin melebat.
Lebatnya rambut. Pakai apa agaknya baby ni?