Jenayah rogol di India memang melampau dan tiada hentinya. Bayangkan sejak tahun 2016 lagi beratus-ratus laporan polis dilakukan dan ianya setiap hari! Kanak-kanak perempuan bawah 12 tahun adalah kerap menjadi mangsa.
Kini kecoh di Chennai apabila 18 lelaki telah ditahan atas tuduhan merogol seorang kanak-kanak 12 tahun secara beramai-ramai dan berulang kali untuk tujuh bulan.
Mereka adalah pekerja pengurusan pangasapuri tempat tinggal kanak-kanak tersebut, diantaranya pengawal keselamatan, operator lif dan tukang paip. Kekejaman terancang ini menggunakan dadah kepada mangsa dan kemudian membawa mangsa ke blok kosong untuk merogol secara bergilir-gilir.
Dari perkongsian media tempatan, para pelaku mengugut mangsa dengan pisau serta akan menyebarkan video-video seks mereka jika mangsa memberitahu perkara ini kepada sesiapa.
Namun mangsa nekad dan memberitahu pada kakaknya yang datang berkunjung dari Delhi. Keluarga mangsa terus membuat aduan dan pada hari Isnin kesemua lelaki yang terbabit ditahan atas jenayah merogol, cubaan membunuh serta mengugut.
Sehingga kini perbicaraan mahkamah masih dijalankan, ada yang berpendapat bukan 18 lelaki tapi 22 lelaki telah terlibat dalam rancangan merogol mangsa. Perogol dari usia 23 tahun paling muda dan hingga 66 tahun.