Sains dan kejadian manusia memang mempunyai kaitan yang rapat. Bahkan, dalam perhubungan juga, ia sering dikaitkan dengan cara pemikiran manusia yakni berkenaan psikologi dan cara seseorang inidvidu itu menerima dan bekerjasama dnegan pasangan pilihannya demi mengekalkan rasa cinta hingga ke akhirnya.
Pernahkah kamu mendengar tentang teori haptik? Ia adalah sejenis komunikasi yanng dilaksanakan menerusi sentuhan menurut kajian pakar psikologi. Pakar juga ada memberithau, banyak kriteria tentang seseorang individu itu boleh diterjemahkan dengan hanya melihat bagaimana mereka berkelakuan terhadap pasangan.
Berdasarkan ujian saintifik ini, Wanista boleh tafsirkan sifat diri kamu dan sekuat mana kasih dan cinta kamu terhadap pasangan. Syaratnya cuma pilih satu foto kegemaran kamu di atas… mana satukah ilustrasi yang paling mirip dengan kamu dan pasangan?
Ilustrasi #1
Si wanita bangga dengan pasangannya. Tiada rahsia dan si wanita sanggup berkongsi apa sahaja kisahnya dengan si lelaki. Wanita itu juga berdikari, pandai jaga diri dan tak peduli akan kata orang. Si lelaki pula komited, menghargai perhubungan dan berdedikasi menjaga cintanya. Keduanya terbuka antara satu sama lain.
Ilustrasi #2
Si wanita adalah seorang yang emngambil berat terhadap pasangannya dan bijak menggunakan kata untuk memberi nasihta berguna. Si wanita tidak pernah akan membiarkan lelaki kesusahan bahkan sentiasa menyokong untuk bantu si lelaki pergi lagi jauh.
Ilustrasi #3
Pelukan intim si wanita menggambarkan betapa lelaki itu ingin sentiasa dilindungi daripada segala masalah dan sentiasa memerlukan sokongan wanita kesayangannya. Keduanya saling mempercayai dan mereka bagaikan hidup dalam dunia sendiri. Serasi bersama!
Ilustrasi #4
Harmoni dan saling bantu-membantu dalam urusan rumah tangga. Kamu berdua banyak mencari masa bersama dan tidak pernah lupa untuk menghabiskan masa bergembira di samping menghangatkan lagi rasa cinta dalam semua keadaan.
Ilustrasi #5
Si lelaki selalu membuat keputusan, bertanggungjawab dan sedikit panas baran namun, pasangannya bijak mengurus dan menstabilkan emosi si lelaki -sebagai penyejuk jiwa. Si wanita sangat memahami perangai si lelaki dan ini adalah kriteria pasangan yang paling logik dan seimbang.
Ilustrasi #6
Tak malu beraksi di khalayak umum, rakan-rakan menganggap kamu adalah pasangan idola yang mampu menjadi contoh untuk rumah tangga orang lain. Ini bukan dibuat-buat, tetapi kamu dan pasangan sememangnya sangat “lovey dovey” begitu!
Ilustrasi #7
Tak pandai meluah perasaan masing-maisng mahupun beromantis di hadapan orang namun keduanya menghormati pendapat satu sama lain. Media sosial bukan tempat kamu menjaja kebahagiaan dan apa yang mustahak adalah hanya kamu berdua tahu betapa kamu menghargai satu sama lain.
Kamu dan pasangan pilih yang mana satu? ❤