Bukan calang-calang orang yang bisa diberi peluang keemasan untuk mendapat perhatian tersohor sebagai gadis muka hadapan majalah berprestij seperti Vogue dan Teen Vogue.
Merupakan majalah yang mengeluarkan edisi inspirasi untuk para remaja era kini, baru-baru ini Teen Vogue mengambil inisiatif mulia mengetengahkan wajah model muslimah pertama bagi menghiasi kulit hadapan majalahnya untuk edisi Julai.
Peragawati manis kacukan Somali-Amerika bernama Halima Aden adalah berusia 20 tahun dan sudah pun memegang beberapa nama tertinggi sebagai supermodel ternama dalam arena fesyen antarabangsa. Sebelum ini, beliau juga pernah membintangi muka hadapan majalah Allure, British Vogue dan Glamour.
Untuk pengetahuan semua, Halima adalah model berhijab pertama yang berjaya masuk ke agensi permodelan IMG serta diberi peluang berjalan di pentas peragaan New York dan Milan.
Dalam masa yang sama, Halima juga telah membuka mata masyarakat dunia apabila baru-baru ini dilantik menjadi duta UNICEF. Gadis manis itu percaya bahawa ceritera kehidupannya sebagai pelarian mampu memberi inspirasi buat semua.
Tonton Video Halima Aden