Dee-Ann Kentish-Rogers telah dimahkota sebagai Miss Universe Great Britain dan menjadi wanita kulit hitam pertama memakai tiara tersebut sejak tahun 1952 ia diperkenalkan.
Dia yang berasal dari Anguilla iaitu kepulauan jajahan British berjaya melunaskan impian dan mengetepikan peserta dari negara besar England, Scotland dan Wales. Kemenangan ini telah memberi satu tanggungjawab kepada Dee-Ann untuk membawa nama Great Britain ke pentas Miss Universe peringkat dunia.
Baru sahaja berusia 25 tahun, Dee-Ann percaya program sebegini dapat mewar-warkan kepada masyarakat luar tentang Anguilla iaitu sebagai mempromosikan pelancongan pulau kecil itu. Malah dia juga berpendapat Britain adalah sebuah negara mempunyai masyarakat majmuk, jadi dipentas sebeginilah untuk melibatkan gadis dari kulit hitam dan semua etnik. Miss Universe adalah tempat untuk semua wanita tidak kepada hanya satu sahaja.
Bukan calang-calang, Dee-Ann mempunyai kelulusan ijazah dari Universiti Birmingham dan merupakan atlet yang pernah bertanding dalam acara Sukan Komanwel sebanyak dua kali.
Teringat pula apa yang terjadi dengan acara Miss Korea 2018 baru-baru ini, ‘Netizen Tak Puas Hati Wanita Muka “Biasa-Biasa” Ni Dapat Gelaran Miss Korea 2018‘. Beringatlah, Miss Universe bukan sahaja mengira kecantikan, paras rupa atau warna kulit. Namun ia bererti tentang kebijaksanaan dan santun peserta.