Kalau musim raya, keracunan makanan dan sakit perut gara-gara cirit-birit dan muntah-muntah itu perkara biasa. Ha, masa tu jugalah pihak klinik dan hospital akan mendapat keuntungan serta kunjungan yang tak putus-putus daripada orang awam. Dari yang kecil hinggalah kepada mereka yang sudah berumur musykil rasanya mengapa ramai individu diserang keracunan makanan.
Satu, mungkin kerana seseorang itu makan secara tidak terkawal. Kedua, berapa ramai yang tahu makanan sebenarnya boleh bertukar menjadi racun jika dipanaskan lebih-lebih lagi untuk berulang kali. Ini Wanista kupaskan lebih terperinci mengenai isu ini.
“Sayang Kalau Dibuang”
Untuk elak makanan tu jadi basi, mak-mak biasanya akan panaskan dan terus panaskan lauk tersebut berkali-kali kononnya supaya boleh dimakan banyak kali sehingga habis. Memang tiada berupahan rasa atau rupa tapi hakikatnya makanan yang dihangatkan kembali adalah buruk untuk kesihatan.
Punca Kanser
Percaya atau tidak, terdapat banyak kajian saintifik yang emmbuktikan bahawa makanan yang dihangatkan kembali adalah salah satu punca kanser dan berikut adalah beberapa lauk/makanan yang pakar larang untuk hangatkan semula.
#1 Gorengan
Tak kisahlah apa-apa makanan bergoreng sekali pun, memang pakar larang untuk panaskan kembali makanan dna lauk-pauk tu. Ternyata, semua makanan bergoreng yang dihangatkan semula akan jadi racun.
#2 Ayam
Masa musim raya lepas, memang rendang ayam lah favorite semua orang! Tapi makanan tu jugalah yang buat semua orang merana, masing-masing sakit perut. Ha, tu sebab rendang yang dipanaskan semulalah tu… So lepas ni kalau beli beli KFC, ada ayam lebih tu tak payah lah goreng balik. Kalau nak makana sedap-sedap lepas beli tu terus makan ye.
#3 Telur
Telur adalah sumber yang mampu salurkan nutrien penting buat tubuh badan manusia seperti Fosforus, Vitamin A, Vitamin B12, Kalsium, dan Vitamin B6. Namun, ia boleh berubah menjadi racun yang ganggu sistem pencernaan manusia bahkan, proteinnya bakal hilang jika digoreng semula atau dipanaskan kembali.
#4 Ubi Kentang
Tak kiasahlah kentang goreng ke, potato wedges ke, kentang putar ke, kentang yang adalah dalam gulai kurma ke, jika makanan yang mengandungi kentang dipanaskan kembali ia boleh menjadi isu serius buat kesihatan manusia yang memakannya.
#5 Cendawan
Kalau takut keracunan, hati-hatilah masa beli cendawan goreng yang dibeli di bazar atau pasar-pasar malam. Bukan hendak bersangka buruk, tetapi peniaga di pasar ni memang suka panakan makanan berkali-kali. Suka jual balik makanan yang dah bermalam.
#6 Santan
Kari dan gulai memang menjadi lauk-pauk utama ketika sambutan raya, jadi memang terbuktikan makanan yang korang makan tu walaupun tak basi tapi sebab dan dipanaskan berkali-kali, ia sudah berubah menjadi racun. Sekarang dah jelas kenapa ramai sakit perut dan keracunan makanan?
Apa-apa pun, pergi nasihatkan mak dna makcik-makcik korang yang suka sangat panaskan lauk tu. Lain kali kalau takut membazir, masak dalam kauntiti yang sikit. Biarlah kena masak banyak kali pun janji makanan tu tak jadi racun. Faham?
Selamat beramal! ❤