Batu berlian Swarovski adalah batu berlian tiruan yang dicipta dimakmal bukannya dicari gali seperti batu berlian asli. Namun hasil potongan belian Swarovski lebih cantik dan gah tentang berbanding berlian biasa. Ia telah menjadi fenomena dunia apabila turut ada juga wanita kelas atasan memakai Swarovski.
Jika di Malaysia nama selebriti Neelofa memang tidak asing lagi dengan jenama Swarovski. Kalau dilihat pada posting Instagram milik beliau pasti jari dan lengan dihiasi dengan kerlipan berlian.
Baca: WOW! Ini Rupanya Sejarah Mengenai Swarovski
Baru-baru ini juga Swarovski telah mengadakan malam gala ‘Brilliance For All’ di Kuala Lumpur yang dihadiri pelopor Swarovski, para selebriti tempatan dan antarabangsa. Malam itu juga Swarovski mempersembahkan koleksi ‘couture’ terbaru khas untuk musim luruh/sejuk.
Menariknya untuk koleksi kali ini, Swarovski menampilkan kisah tersendiri bagi meraikan setiap wanita. Ia sudah menjadi perkara asasi dari pengasasnya Daniel Swarovski untuk mencipta berlian bagi setiap wanita, “Diamonds are for royalty. I want to create a diamond for every woman.”
Beruntung siapa yang mendapatkan Swarovski Fall/Winter 2018 Couture Collection kerana disebaliknya terdapat fakta luar biasa!
#1 Rekaan setiap koleksi diinspirasikan dari 5 rekaan aksesori semasa Minggu Fesyen Paris 2018. Koleksi kali baru ini tetap seiring dengan dunia fesyen semasa.
#2 Pembuatan tangan mengambil selama 399 jam dan menghasilkan lebih dari 1.2 juta batu kristal. Ia terdiri dari Crystal Fine Mesh dan Crystal Pearls.
#3 Terdapat juga rekaan mengetengahkan batuan berwarna-warni sebagai sub koleksi Fall/Winter 2018 ‘Crystal Tales’ Collection. Ia merupakan visi Swarovski bagi melahirkan sifat feminin dari pelbagai rekaan rantai, gelang tangan, anting-anting dan batu kalung.
#4 Selain itu, koleksi khas Atelier Swarovski Fall/Winter 2018 Collection menawarkan potongan berlian barang kemas, hiasan rumah dan fesyen. Koleksi ini kolaborasi antara pereka Peter Pilotto dan Mary Katrantzou.
#5 Dicipta ekslusif untk pasaran Asia-Pasifik ialah Atelier Swarovski Core Collection iaitu koleksi yang diilham dari ‘Graceful Bloom’ Jepun. Lapan aksesori diperkenalkan dengan bentuk spektrum kristal mawar merah jambu dan merah jambu pastel pada Swarovski Crystal Pearls yang melambangkan tuah, kebijaksanaan dan kekayaan.
#6 Bagi meraikan ‘Brilliance For All’ Swarovski membawa 8 nama-nama wanita unggul Asia Tenggara dalam “Swarovski Brilliant 8: A Tribute to Women Who Sparkle” iaitu Neelofa, Nittha Jirayungyurn, Melissa Koh, Elizabeth Rahajeng, Olivia Lazuardy, Marie Lozano dan Nicole Andersson.
Secara ringkasnya koleksi kali ini bukan calang-calang kerana ia bukan sahaja direka sebagai ‘musim’ tapi bercirikan rekaan terbaru dan istimewanya untuk setiap wanita dalam mendapat tempat untuk bergaya aksesori berlian.
Dengan Swarovski, semua wanita layak memakai berlian!