Makanan sudah dibersihkan tapi masih lagi ada semut yang seronok berlegar sana-sini, membuatkan kita pening kepala memikirkan di mana puncanya.
Anda tahu tak semut yang datang bersarang ke rumah kita, bukan sahaja disebabkan makanan tapi terdapat beberapa faktor lain yang sebelum ini mungkin kita tidak ambil berat.
Ini dia antaranya:
Rumah Kurang Bersih
Ya. Anda sudah merasakan rumah cukup bersih tapi sebenarnya masih ada yang kurang.
Sisa makanan tertumpah yang tidak dibersihkan dan bungkusan sisa makanan dibiarkan tanpa dibuang ke dalam tong sampah sebenarnya boleh memikat semut datang bersarang. Ciri-ciri rumah yang tidak bersih apabila banyak serangga seperti semut, lipas atau paling teruk tikus singgah.
Cicak Mati
Pernah nampak cicak mati dan semut hurung bangkainya?
Jika anda menyimpan kucing, selalunya kucing akan menangkap cicak yang melekat pada dinding rumah. Selepas ditangkap, kucing akan bermain dengannya dan selepas bosan hanya meninggalkan cicak begitu sahaja. Sekiranya kita tidak segera membersihkan bangkai cicak, maka semut akan datang dan membuat sarang.
Cuaca Terlalu Panas
Macam mana pula tu?
Keadaan di mana cuaca terlalu panas sering menjadikan semut ingin mencari tempat yang sejuk, jadi rumah merupakan tempat alternatif semut untuk berlindung dari cuaca panas.
Lantai Rumah Yang Berlubang
Ya. Terkejut?
Lantai rumah sudah mula berlubang dan retak kerana usia yang sudah tua sering dijadikan semut sebagai lokasi sarang. Sekiranya lantai rumah menggunakan simen biasa, cuba untuk menggantikan simen biasa dengen seramik. Dengan menggantikan simen biasa menjadi seramik, rumah anda kelihatan bersih, tidak berlubang dan dijamin selamat dari semut.
Dinding Retak
Lebih-lebih lagi rumah yang dah berusia.
Kalau anda mempunyai masa untuk perhatikan semut, anda akan perasan semuat datang dari dalam retakan dinding. Retak di dinding dijadikan rumah untuk semut. Terdapat cara untuk mengatasi keretakan dinding supaya semut tidak bersarang di tempatnya, iaitu dengan menggunakan Anti Wetters Wall Paint. Dinding yang lembap untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan dinding rapuh.
Hujan Lebat
Cuaca panas, semut datang. Hujan yang lebat pun semut datang. Nak buat macam mana?
Keadaannya sama seperti cuaca panas. Cumanya yang ini semut mencari kawasan yang tidak lembab disebabkan hujan. Semut akan mula bermigrasi ke rumah kita dan membina sarang.
Bagaimana nak halau semut? Cuba guna cara ini – 8 Cara Elak Serangan Semut Pada Makanan Guna Ramuan Ini
Selamat Beramal!