Bagi pasangan yang sudah lazim bergambar bersama, pasti tiada masalah untuk mereka hasilkan pelbagai gaya menarik di hadapan lensa kamera. Namun, bagaimana oula bagi pasangan pengantin yang kekok apabila baru pertama kali mahu bergambar secara intim bersama? Nah Wanista tampilkan beberapa tips menarik macam mana korang boleh hasilkan foto perkahwinan cantik dengan seleksi cara posing yang betul menurut jurugambar profesional ini.
#1 Jangan Lupakan Dagu!
Kalau dahi kamu agak luas mungkin boleh dongakan sedikit kepala dan serlahkan bahagian dagu. Tolak sedikit kepala ke hadapan (ke arah kamera) agar dagu tidak nampak berlapis dan leher kelihatan jinjang. Boleh juga minta jurugambar ambil foto kamu pada arah yang lebih tinggi supaya badan dan wajah nampak lebih kecil dan tirus
#2 Kontur Wajah
Ambil gambar perlukan sudut yang sempurna, untuk buat wajah nampak lebih tirus, minta MUA fokuskan pada solekan kontur terutamanya pada bahagian sekitar dahi (jika dahi luas) dan bahagian rahang serta dagu (jika wajah terlalu bulat). Barulah wajah nampak menawan dalam gambar nanti.
#3 Cari Sisi Diri Yang Menarik
Kita semua ada sisi cantik. Berdiri depan cermin dan cuba lihat sama ada sisi kiri atau kanan yang nampak lebih sempurna. Masa ambil foto nanti arahkan badan mengikut sisi sempurna kamu okay?
#4 Relaks
Jika kamu cuak atau tidak tenang, emosi akan terpancar di wajah tanpa sedar. Oleh itu kawal perasaan dan cuba relaks. Tarik nafas dalam-dalam setiap kali membuat pose baru di hadapan kamera. Dengan cara ini keadaan diri akan nampak lebih natural.
#5 Serlahkan Panjang Lengan
Pastikan lengan tidak melekat pada tubuh, gerakan tanhan dan jauhkan tangan dari bahagian badan. Lenggokan sikit bahagian pinggul dan ‘kepakan’ sedikit bahagian lengan. Jika tubuh kamu agak lebar, elak mengepakkan tangan terlalu besar, pastikan bucu siku menghadap ke arah belakang.
#6 Perhatikan Kedudukan Kaki
Walaupun kamu memakai dress atau gaun, kedudukan kaki tetap kena dijaga. Cuba silangkan kaki ketika berdiri agar bentuk tubuh kamu lebih terlihat panjang membuatkan pinggan serta punggung kamu terlihat langsing dan melekuk.
#7 Senyuman Semula Jadi
Berlatih untuk relakskan wajah. Jika igin ketawa pastikan mulut tidak dibuka terlalu lebar atau unntuk lebih mudah, boleh baut senyuman dengan tenang agar ia tidak kelihatan seperti kamu “buat-buat”. Cuba fikirkan sesuatu yang buat kamu rasa lucu atau gembirabila jurugambar mengambil foto kamu.
Apa-apa pun, sebelum hari perkahwinan tiba cubalah berlatih dulu posing macam mana yang kamu nak buat nanti. Selamat beramal! ❤