Kalau bercakap tentang destinasi percutian luar negara pasti ada sahaja mencadangkan Korea Selatan kerana kecantikan semulajadi dan pemandangan beserta budaya dan makanan yang enak-enak. Tidak dapat dinafikan memang rugi kalau tidak pernah menjejak kaki ke Korea. Penulis syorkan anda ke sana pada musim salji, memang tak terkelip mata melihat keindahan semulajadi diselaputi warna putih salju.
Tidak kisahlah kemana kita pergi pasti segala tingkah-laku harus dijaga. Lebih lagi ketika masuk kedalam negara orang. Penulis juga baru tahu, jika ke Korea Selatan rupanya terdapat beberapa perkara yang kita perlu hati-hati supaya tidak menyinggung perasaan warga tempatan.
#1 Jangan bermain dengan chopstick
Gunalah chopstick sebaiknya, jika tidak pandai minta sahaja sudu atau garfu. Jangan sesekali mencucuk makanan dengan chopstick kerana ia adalah perlakuan yang kurang sopan. Bila berada di meja makan tunjukkanlah anda hormat pada makanan.
#2 Tak perlu tayang tatu
Perasan tak kalau ada selebriti Korea mempunyai tatu di lengan, pasti dia harus memakai baju lengan panjang jika muncul di televisyen. Ini kerana di Korea ada terdapat sedikit sentimen negatif kepada mereka yang betatu. Pelukis tatu dianggap satu pekerjaan yang haram dan mereka yang bertatu sukar untuk mendapat pekerjaan!
#3 Jangan tinggalkan tips di kafe / kedai makan
Mungkin di negara lain anda boleh untuk bersikap murah hati tapi tidak di Korea. Jika anda beri tips pada pekerja ia dianggap satu penghinaan kerana bagi mereka sudah cukup untuk taraf gaji yang diterima. Macam itu sekali ya~
#4 Habiskan makanan
Bila anda dijamu dengan pelbagai juadah makanan wajib untuk makan dan jangan sesekali menolak ajakan tuan rumah. Habiskan juga makanan yang anda telah ambil didalam pinggan. Perlakuan makan tidak habis boleh menyinggung perasaan tuan rumah. Malah jika lakukan di kafe, restoran atau kedai makan anda akan ditegur.
#5 Jangan renung tajam pada penduduk tempatan
Mungkin anda akan berasa unik dan kagum melihat kecantikan orang Korea, namun hati-hati takut renungan tajam anda itu boleh beri rasa gangguan pada mereka. Buat sahaja seperti biasa dan jika anda mahu bergambar bersama sila minta izin dahulu.
#6 Tak perlu bantu orang mabuk
Berlaku pada penulis ketika berjalan lewat malam di bandar, pasti ternampak beberapa orang tempatan yang mabuk selepas pulang kerja. Sudah menjadi budaya bekerja Korea untuk minum lewat bagi meraikan sesuatu. Anda tak perlu cuba-cuba untuk bantu mereka kerana akan ada pihak polis yang membantu.
#7 Tidak boleh merokok merata-rata
Sudah jadi sikap orang Malaysia yang suka merokok tidak kira tempat dan masa. Namun di Korea anda dilarang berbuat begitu! Di sana sudah tersedia kawasan khusus untuk merokok supaya tidak menganggu orang awam yang lain. Kalau anda degil, silalah berurusan dengan pihak polis Korea.
Jadi buat anda yang sudah rancang ke Korea pastikan sentiasa ingat tentang pantang-larang ini.
Bila ke negara orang, kita bawa nama Malaysia. Biarlah orang luar beranggapan orang kita ini baik-baik dan menghormati budaya lain.