Tips - Kesihatan

Kardashian Minum Jus Nanas Elak Vagina Berbau Tapi Pakar Kata Tak Bagus…

Malisa Aina
/
Individu yang sukakan spotify, netflix, gincu.
Kardashian Minum Jus Nanas Elak Vagina Berbau Tapi Pakar Kata Tak Bagus…

Minggu sudah, Kim Kardashian berkongsi gambar dirinya duduk terkangkang berpakaian dalam sambil di tangan memegang tin jus nanas berserta kapsyen “Google the benefits of pineapple juice ?”

Google the benefits of pineapple juice ?

A post shared by Kim Kardashian West (@kimkardashian) on

Sejak itu, netizen mulai ingin tahu manfaat jus nanas. Walaupun terdapat banyak faedah jus nanas tetapi untuk bahagian intim masih belum diketahui kehebatannya. Menerusi Keeping up with the Kardashian, Kim ada memberitahu jus nanas boleh membuat vagina berbau wangi. Betul ke?

Baca: Keajaiban Nanas Untuk Kesihatan Rambut, Kulit & Badan

BACA  Tak Ada Ubat, Ni Yang Kamu Patut Buat Bila Terkena Ruam Gegata
Foto – Tumblr

Kardashian acapkali memberi tips kesihatan secara rawak yang kita tidak tahu pokok pangkal kebenarannya, lagi-lagi yang melibatkan anggota badan yang tidak boleh sembarangan dijaga.

Untuk itu, Dr Lauren Streicher, pakar ginekologi dan pengarang buku Sex Rx: Hormones, Health, and Your Best Sex Ever mengulas tips tersebut.

“Orang berfikir nanas membuatkan vagina berbau wangi dan sihat, tapi itu perkara itu tidak pernah dikaji setakat ini.

Foto – Live Love Fruit

Satu perkara yang pakar tahu adalah; 

“Ia tidak normal untuk mempunyai bau faraj yang tidak menyenangkan. Itu kerana bau busuk pada faraj disebabkan pada cara pemakaian pad, jangkitan bakteria, perubahan P.H., jangkitan yis atau keadaan otot pinggul lemah yang berlaku ketika kencing, ” jelasnya.

Sekali lagi jus nanas tidak dapat membaiki masalah vagina berbau. Tidak ada bukti saintifik tentang sebarang pemakanan yang boleh membantu, menurut Dr. Streicher. Cara terbaik ialah mendapatkan rawatan doktor pakar atau rangkaian penjagaan wanita yang berdaftar di farmasi.

Foto – Pinterest

Ingat bukan semua yang anda baca dan lihat itu berkesan. Sila dapatkan nasihat pakar sebelum mencuba!

RUJUKAN

BACA  Alasan Jurulatih Scarlett Johansson Galak Makan Coklat Gelap Sebelum Workout