Boleh menangis tengok setiap price tag koleksi artwork yang menjadi pelengkap hiasan dalaman untuk kediaman mewah milik idol veteran JYJ Jaejoong.
Baru-baru ini, JYJ Jaejoong mendedahkan kediaman jutaan ringgit yang terletak di Seoul dalam satu program bual bicara di Jepun. Ternyata bukan pengacara dan tetamu sahaja yang terkejut malah Jaejoong sendiri tidak mempercayai dia miliki semua itu.
Idol veteran itu boleh dianggap art collector kerana rumahnya dipenuhi dengan pelbagai karya seni mahal dan unik. Lima yang mencuri perhatian penulis ialah;
1. Jaejoon miliki koleksi karya seni labu dari Yayoi Kusama. Dilaporkan harganya bernilai $178,000 USD.
2. Idaman setiap peminat Iron Man. Jaejoong miliki replika Iron Man yang berharga $18,000 USD.
3. Artwork berharga $270,000 ini diletakkan di lantai sahaja.
4. Replika kuda ini sebenarnya adalah sebuah lampu. Memenuhi ruang tamu, replika kuda katanya artwork yang paling murah dalam rumahnya, kos $7,100 USD.
5. Artwork yang terletak betul-betul berhampiran pintu depan rumah bernilai lebih $17,800 USD!
Bonus!
Garaj persendirian untuk koleksi keretanya yang terdiri daripada Ferrari, Porsche, Rolls Royce dan dua Mercedes Benz. Kesemuanya bernilai lebih $1.5 juta USD dan dibuat khas untuknya sahaja.
Jadi, untuk kediaman Jaejoong sahaja bernilai sejumlah $4.4 juta USD.