Emma Watson, beauty with brain yang cukup penulis kagumi dari mula-mula menonton filem Harry Potter sehingga kini.
Rasanya bukan penulis sahaja bahkan ramai yang menyukai wajah aktres yang sinonim dengan wajah cantik without trying too hard, dilihat banyak kali pun tak terasa bosan.
Bercakap pada Into The Gloss, Emma akhirnya bersedia berkongsi rutin kecantikan yang diamalkan setiap hari dan ia hanya membuatkan kita terusan jatuh cinta dengannya. Dan percayalah kebanyakan produk Emma langsung tak mahal, korang pun mampu milikinya.
Mekap Yang Simple
Ada dari kita lebih memilih teknik mekap full-coverage bagi menutup segala jerawat, parut dan cela yang ada di wajah. Tapi tidak pada Emma.
“Saya mahu kelihatan semulajadi sebaik mungkin. Sejak meningkat dewasa, saya lebih senang dengan mekap yang simple tidak terlalu tebal di wajah. Sebagai contoh, freckles yang ada ini saya masih mahu membiarkannya kelihatan dan tidak ditutup dengan mekap. Saya mahu kulit wajah bernafas sebaik mungkin.
Emma sempat berkongsi bagaimana dia meminta jurumekap di set Beauty and the Beast untuk membiarkan freckles tetap kelihatan walaupun dalam skrin. Sekaligus dapat memberi inspirasi pada gadis remaja untuk lebih yakin dengan wajah sendiri.
Rutin Sebelum Tidur
Walau malas dan penat, rutin membersihkan muka sebelum tidur mestilah anda buat.
“Tidak kira apa, saya sentiasa membersihkan muka pada waktu malam. Walaupun saya kembali dari jadual kerja jam 4 pagi, saya masih membersih dan melembapkan muka sebelum tidur (cleanse, toner, moisture).
“Ramai yang kagum tetapi percayalah saya rasa senang setiap kali melakukan rutin ini, ia sudah sebati dengan gaya hidup saya,” jelas Emma.
Untuk pengetahuan anda, Emma pernah mengalami masalah jerawat dan kulit ketika remaja lagi, dan disebabkan itu dia langsung tidak mengambil ringan soal penjagaan kulit.
Produk Pilihan
Bila ditanya produk yang menjadi kegemaran, Emma menggunakan The Body Shop Red Promegranate Lip & Cheek Stain. Ia sangat mudah dan multi purpose, boleh dipakai pada bibir dan pipi, bahkan warna serta teksturnya sangat natural, langsung tidak kelihatan seperti memakai mekap.
“Saya suka bila mencium seseorang… dan ia tidak akan hilang,” kata Emma.
Untuk maskara pula, Emma paling suka DHC Mascara Pro Double Protection. Maskara ini tidak mudah tertanggal dan comot.
“Berusnya sangat best bila digunakan. I swear by it,” jelasnya bersemangat.
Even Emma yang dah cantik pun tak main-main bila jaga muka. So, korang pun kenalah disiplin dan jangan malas!