Resipi

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Afiqah Syamin
/
Bukan hipster atau hijabista, cuma seorang gadis yang cintakan tradisi, bersifat feminin dan amat menghargai setiap bait lirik dalam lagu dan muzik ciptaan Coldplay. Fesyen? Sangat obses dengan karya rekaan Teuta Matoshi Duriqi, Oscar de la Renta dan Dolce & Gabbana ❤️
Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Musim raya lepas banyak juga penulis dan keluarga mendapat undnagan rumah terbuka daripada saudara-mara. Boleh tahan! Makanan dan minuman yang disediakan semuanya sedap belaka dan penulis tertarik dengan sejenis minuman manisan yang boleh dikira sebagai pencuci mulut ni iaitu Koktail Susu.

IKLAN

Lazimnya koktail adalah minuman buah-buahan campuran yang sudah dipotong kecil dan dimakan bersama campuran air gula serta jeli mahupun nata de coco. Kali ni, jom penulis kongsikan cara membuat Koktail Susu dengan bahan dan cara yang paling mudah tanpa perlu merunsingkan kepala korang bagi yang perlu menerima kunjungan tetamu di saat-saat akhir.

Maklumlah, orang zaman sekarang ni kalau nak datang rumah tu tak reti hendak memberitahu kita dulu. Kot-kot rumah korang kena serang secara mengejut, nah buat resepi ni!

Bahan:

  • 1 tin susu cair 
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 1 paket agar-agar sumi
  • 1 tin buah campuran koktail
  • 1 camca teh esen vanilla
  • Ketulan air batu

Cara:

1. Dalam mangkuk koktail yang bersih, buka setiap bungkusan sumi (boleh potong sumi kecil-kecil jika mahu).

2. Buka tin buah campuran koktail dan toskan air gulanya.

IKLAN

3. Tuang susu cair ke dalam mangkuk yang sudah berisi sumi dan buah campuran, gaul sebati.

4. Masukan pula esen vanila serta susu pekat dan kacau lagi.

5. Boleh dimasukan ke dalam peti ais untuk disejukan sementara sebelum menjamunya sebagai pencuci mulut atau taburkan sahaja ais batu ke dalam minuman koktail susu tersebut. Siap!

Sumber: blogspot/isuterhangat

Kalau korang rajin, nak buat koktail susu ni jadi ais krim Malaysia pun boleh juga.

Selamat mencuba! ❤