Seperti isu ini, tabiat mewarna kuku dalam kalangan wanita muslimah tidaklah haram tetapi adalah tidak digalakan kerana sesungguhnya ia mampu menarik perhatian lelaki bukan muhrim. Tidak semua orang menyukai amalan pemakaian cat kuku bahkan ia juga tidak boleh dibawa solat kerana lapisan cat tersebut akan menjadi penghalang kepada air untuk sampai ke permukaan kuku individu -lalu menjadikan wuduk tidak sah.
Ramai Muslimah Keliru Antara Halal & “Breathable”
Terdapat perbezaan besar yang ramai antara kita terlepas pandang. Bila sesuatu produk dilabel dengan “HALAL” bermaksud ramuan yang terkandung dalam produk itu adalah bersumberkan bahan-bahan halal, bebas kimia, bebas lemak khinzir dan sebagainya. Sama juga speerti pewarna kuku yang dikatakan HALAL. Jadi halal di sini tak bermaksud ia boleh dibawa solat. Faham?
Manakala, pewarna kuku yang dikatakan breathable pula adalah bermaksud cat kuku itu boleh menyerap air dan menjadikan wuduk tetap sah walaupun kuku diselaputi cat berwarna. Oleh itu, sila jangan salah ertikan perkataan HALAL dan BREATHABLE. Melainkan ia disebut sebagai “Halal & Breathable”.
Undang Masalah Bila Tak Ada Air
Kalau ye pun pewarna kuku tu boleh serap air (breathable) tapi bagaimana sesorang mahu mengambil wuduk jika ketiadaan air? Kalau keadaan memaksa kamu untuk bertayamum menggunakan habuk dan pasir, sudah pasti habuk dan pasir itu tidak akan menyerap sehingga ke permukaan kuku betul tak?
Wujudkah Pewarna Kuku Serap Air?
Jenama Inglot dan Orly contohnya tampil dengan kenyataan bahawa pewarna kuku mereka menggunakan formulasi “boleh bernafas” (breathable) tetapi, sehingga kini tiada sesiapa alim ulama berani mengesahkan pewarna kuku breathable boleh dibawa solat. Jika ia menyerap air sekalipun, pasti ia mengambil masa untuk tembus lapisan warna sedangkan berwuduk itu memerlukan air untuk terus sampai ke permukaan kulit mahupun kuku.
Memang Al-Quran tidak pernah menyebut tentang pewarna kuku tetapi Islam membenarkan wanita mewarna kuku dengan pewarna mudah luntur seperti inai. Lebih baik tak pakai cat kuku (walaupun halal atau breathable) demi mendapat keredhaan Allah.
Pakai Sahaja Waktu Haid
Melihatkan ramai yang ragu-ragu tentang pewarna kuku halal & breathable ini, pakai sahajalah masa waktu datang bulan (haid). Cara lain yang kamu boleh gunakan adalah dengan memakai kuku palsu yang diwarnakan -kemudian boleh ditanggalkan sewaktu hendak solat atau memakai pewarna kuku yang boleh dikopek seperti jenama BK. Tapi ingat, jika menghias diri untuk sengaja ditunjuk kepada orang dan mendapatkan pujian dari yang bukan mahram itu salah.
Selamat beramal! ❤