Dunia media sosial yang sangat luas telah membuatkan ramai orang yang biasa-biasa boleh menjadi selebriti atau lebih kurang sebagai ‘influencer’ iaitu individu yang berpengaruh dalam internet. Mereka biasanya menarik perhatian pengguna internet dengan berkongsi gambar-gambar mengembara, makanan dan produk yang semuanya kadangkala kita semua tidak mampu.
Namun anda jangan terkejut jika ada diantara mereka terpaksa untuk menipu bagi mendapat likes yang banyak. Sebagai contoh, influencer dari Hong Kong terima kritikan teruk kerana kantoi menggunakan gambar-gambar dari carian Google. Sadelle Yeung terpaksa memadam lebih 95 gambar ‘curi’ yang daripadanya gambar makanan, pemandangan dan bangunan.
https://www.instagram.com/p/Bk-xY53lHGc/?taken-by=copywithsadelle
Hasil dari siasatan pengikut Sadelle mendapati baru-baru ini juga dia kononnya berkongsi gambar percutian di Itali melalui Instagram stories. Walhal gambar tersebut diambil dari laman sesawang syarikat percutian di Australia.
https://www.instagram.com/p/Bk-vexZF6V8/?taken-by=copywithsadelle
Geram dengan sikap panjang tangan Sadelle, ex-fan telah membuka satu akaun khas menunjukkan bukti-bukti hasil gambar curi Sadelle @copysadelle.
https://www.instagram.com/p/BlAyN6uFgMn/?taken-by=copywithsadelle
https://www.instagram.com/p/Bk-unCqFFRY/?taken-by=copywithsadelle
Penulis rasa tidak salah untuk berkongsi gambar dari Google, cumanya janganlah anda claim gambar tersebut dari anda. Berilah kredit asal pada pemilik asal gambar tersebut.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.