Diet tak makan nasi sudah popular di Malaysia. Namun rata-rata pencapaian diet ‘katakan tidak kepada nasi’ biasanya gagal. Nasi adalah makanan ruji untuk orang Asia terutamanya, sehari tanpa nasi boleh jadi pening, kemurungan dan tidak bermaya.
Orang yang tak makan nasi adalah orang yang paling berdisiplin bagi penulis. Kadangkala penulis pelik yang takut hendak makan nasi, katanya nasi boleh membuatkan berat badan bertambah. Iyalah, kalau makan nasi sepinggan lepas tu bertambah lagi memang naik berat.
Ingatkan orang Malaysia sahaja yang takut dengan nasi, rupanya orang seberang pun sama! Beberapa selebriti cantik Indonesia mengaku mereka tidak mengambil nasi sebagai susuk pelangsing badan. Siapa mereka dan bagaimana diet mereka tanpa nasi?
#1 Nikita Willy
Tidaklah kurus melidi tapi bentuk badan Nikita cukup menggiurkan. Tubuh montok gadis berusia 24 tahun ini ternyata jadi idaman setiap gadis. Apa sahaja yang dipakai Nikita pasti kemas pada tubuh, rahsia? Dia mengaku tidak mengambil nasi dan mengambil sumber karbohidrat yang lain seperti roti.
#2 Zaskia Gotik
Memang cantik… Penyanyi dangdut Indonesia ini tidak lokek berkongsi gambarnya dengan pelbagai fesyen dan busana menarik di laman Instagram. Namun apa yang menarik mata ialah melihat betapa ramping pinggang yang dimiliki Zaskia. Percaya atau tidak, Zaskia kurang bersenam atas alasan jadual yang sibuk jadi dia mencabar diri dari segi pemakanan. Si cantik ini hanya mengambil buahan, sayuran dan minum air putih dengan banyak. Nasi? No, no, no…
#3 Prilly Latuconsina
Aktres muda yang berusia 22 tahun ini masih lagi mengambil nasi tapi digantikan dengan beras perang. Sudah terbukti beras perang lebih menyihatkan, ia memberi rasa kenyang berpanjangan dan membantu penghadaman. Baca: Sila Tukar Kepada Beras Perang Kalau Anda Nak Dapatkan Manfaat Lumayan Ini. Selain itu, Prilly juga mengambil kentang dan roti sebagai tenaga.
#4 Ariel Tatum
https://www.instagram.com/p/BMG9pPFhfu6/?taken-by=arieltatum
Persis Kilafairy bila lihat wajah Ariel Tatum. Dia pernah menghidapi masalah pemakanan kerana gemar mengambil junk food sehingga merbahayakan kesihatan. Setelah mengikuti rawatan, Ariel mengambil keputusan untuk berdiet secara selamat dan pada itu dia memutuskan tidak pada nasi. Ariel merasakan badannya jadi lebih langsing tanpa nasi.
Sebetulnya anda kena amalkan pemakanan yang sihat, kuantiti yang bertepatan, disiplin makan dan bukan mengikut nafsu. Nasi bukan penyebab gemuk!