Pernah dahulu kita digemparkan dengan rekaan tumit tinggi beroda oleh jenama fesyen terkemuka Yves Saint Laurent, YSL. Rekaan kasut itu yang unik kononnya menjadi bualan para pemonat fesyen di seluruh dunia dan mulai sensasi di laman-laman media sosial keraan mana mungkin ada orang yang mampu memakainya untuk pemakaian harian mahupun bagi menghadiri acara-acara gah.
Di sebalik itu, ramai yang tidak tahu sebenarnya ada seorang wanita kurang dikenali yang mungkin telah menjadi inspirasi kepada ciptaan kasut tersebut. Ini dia, Marawa The Amazing…
Pemegang Rekod Dunia Guinness Book of Record
Nama sebenarnya Marawa Wamp adalah pemegang rekod dunia sebanyak 12 kali sebagai pemaian hoola hoop paling hebat apabila mampu memutarkan lebih 200 gelung untuk jangka masa yang paling lama. Lebih menarik apabila Marawa sendiri mampu bergerak sambil memutarkan gelung dengan memakai kasut roda tumit tinggi!
Tonton Persembahan Marawa Dalam Kejuaraan Guinness World Records
https://www.youtube.com/watch?v=9BKCvE1L4-0
Buat masa ini, hanya Marawa seorang mampy melakukannya tanpa sebarang kesilapan mahupun kecuaian.
Menggabungkan Dua Minat Menjadi Satu
Menurutnya, beliau mula terdektik untuk mencipta kasut roda tumit tinggi itu kerana sejak usia dua tahun lagi, ibunya sudah mendedahkan beliau dengan sukan berkasut roda tetapi sejak meningkat dewasa, minatnya sedikit demi sedikit telah berubah ke arah pemakaian yang lebih feminin, justeru untuk menggabungkan kedua minatnya, terhasilah kasut roda tumit tinggi ini.
Sukakan Kilauan
Sebagai orang seni persembahan, boleh lihat dalam kebanyakan koleksi pakaian dan kasut roda tumit tinggi milik Marawa adalah berdasarkan perincian kilauan belbagai warna. Begitu juga dengan koleksi gelung Hula Hoop yang dimilikinya.
Merantau Sebelum Bermastautin Di Australia
Menurut sumber, Marawa adalah hasil dariapda perkahwinan campur antara seorang lelaki yang berasal dari Somalia dengan seorang wanita asal Australia. Kedua ibu dan bapanya kemudian banyak membawa Marawa merantau ke Papua New Guinea, sekitar Australia hinggalah ke negara Timur Tengah.
Sehingga kini Marawa banyak diundang untuk membuat persembahan di acara-cara fesyen mahupun acara keraian santai yang pastinya berjaya memukau penonton. Bukan itu sahaja, beliau juga ada membuka kelas buat mereka yang mahu belajar lebih mendalam mengenai sukan glamor ini serta menjual beberapa item edisi terhad yang dihasilkannya menerusi laman atas alian.
Kalau korang, teringin tak nak cuba sukan ni? ❤